Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 11 Disember 2015

Kelantan peroleh pendapatan hasil perhutanan RM80 juta tahun ini

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menyumbang RM80 juta kepada hasil pendapatan negeri ini tahun ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Faudzi Che Mamat.

Beliau berkata pendapatan itu satu jumlah yang besar dalam menjana ekonomi Kelantan dan pendapatan tersebut telah melebihi sasaran RM65 juta yang ditetapkan pada tahun ini.

"Pencapaian tersebut hasil peningkatan integriti dalam kalangan kakitangan jabatan yang menyumbang kepada penurunan kadar ketirisan hasil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Integrasi Dalam Sektor Perhutanan Negeri Kelantan 2015 di sini, Khamis.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Zahari Ibrahim.

Faudzi berkata Jabatan Perhutanan dijangka terus menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan hasil dalam negeri ini pada tahun hadapan.

"Daripada anggaran hasil keseluruhan berjumlah RM593.8 juta bagi belanjawan tahun hadapan, dijangka sejumlah RM172.9 juta akan diperoleh daripada Jabatan Perhutanan," katanya.

Sementara itu, Zahari berkata penyusunan semula pelan tindakan akan dilakukan bagi memperkasa penguatkuasaan selain menjalin kerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan lain termasuk mendapatkan khidmat polis sebagai mentor.

"Ini bagi membantu melancarkan tugas penguatkuasaan oleh 200 kakitangan di 800,000 hektar hutan di negeri ini," katanya. 

Sumber: Bernama | 10 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan