Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 11 Februari 2018

145 remaja bawah umur terlibat penyalahgunaan dadah di Kelantan

MACHANG: Seramai 145 remaja bawah umur terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan pada tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Hasanuddin berkata mereka merupakan sebahagian daripada 984 remaja yang ditahan polis selepas terbabit dengan pelbagai kes juvana.

"Ada sebahagian daripada remaja bawah umur itu yang berusia seawal sembilan tahun sudah mula mencuba menggunakan dadah dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Disiplin, Pertauliahan Pengawas dan Ketua Tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah di sini, hari ini.

Seramai 180 murid termasuk Exco dan Ketua Tingkatan dari sekolah berkenaan menerima surat tauliah masing-masing pada majlis berkenaan.

Hasanuddin berkata remaja bawah umur mencuba dadah selepas dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan alasan tidak 'sado' (hebat) jika tidak mencuba dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menyaman pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen serta tidak memakai topi keledar.

"Kita akan laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu walaupun terdapat alasan pelajar berkenaan hanya menunggang motosikal ke sekolah sahaja," katanya.

Sumber: Bernama | 11 Februari 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan