TANAH MERAH: Polis Kelantan memberi tumpuan terhadap 12 kawasan kerap berlaku kemalangan di negeri ini pada Op Selamat yang bermula semalam sehingga 23 Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata antara kawasan terlibat ialah Kota Bharu di Jalan Kota Bharu - Machang, Kota Bharu - Pengkalan Chepa, Kota Bharu - Kuala Terengganu, Gua Musang (Jalan Kota Bharu - Gua Musang - Kuala Lipis), Kuala Krai (Jalan Gua Musang - Kuala Krai) dan Machang (Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, dan Jalan Tanah Merah - Machang - Pasir Puteh).
Kawasan lain yang terlibat ialah Pasir Puteh (Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu), Tanah Merah (Jalan Kota Bharu - Machang - Jeli), Jeli (Jalan Kota Bharu - Machang - Grik), Tumpat (Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor) serta Pasir Mas (Jalan Kota Bharu - Pasir Mas - Rantau Panjang), katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas pelancaran Op Selamat 12 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kompleks Niaga Tok Wan Mat, Bukit Bunga di sini, hari ini.
Sumber: Bernama | 10 Februari 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan