Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 5 Februari 2018

Polis Kelantan rampas dadah bernilai RM11.6 juta tahun lepas

PASIR MAS: Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.6 juta di negeri ini melibatkan tangkapan 17,786 individu sepanjang tahun lepas (2017).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan Supt Mit A/L Emong berkata dadah jenis pil kuda yang dirampas adalah sebanyak 590,312 biji bernilai RM5.9 juta, diikuti syabu 67,671.01 gram (RM4.7 juta), ubat batuk 3,224.62 liter (RM483,693), heroin 3,790.85 gram (RM352,549), dan Eramin5 8,165 biji (RM122,475).

"Turut dirampas ganja seberat 2,005.60 gram bernilai RM4,011 manakala daun ketum sebanyak 9,904 kilogram bernilai RM122,475 dan air ketum 6,022.59 liter bernilai RM60,225," katanya kepada pemberita selepas program Pelupusan Barang Kes Dadah Peringkat Kontinjen Kelantan di Lapang Sasar Pak Junoh di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pelbagai jenis dadah bernilai RM200,000 yang dirampas dalam tempoh 11 tahun sejak 2006 dilupuskan hari ini.

Katanya pelupusan dadah berkenaan yang menjadi bahan bukti kepada 1,150 kes di seluruh negeri ini dilakukan setelah kes terbabit selesai di peringkat mahkamah.

"Dadah yang dilupuskan itu ialah 1,698 gram pil kuda, 118 gram syabu, 415 gram heroin, 48 gram ganja, 58 liter air ketum, 530 kilogram daun ketum, 20 gram eramin5, dan 3.5 liter ubat batuk," katanya.

Sumber: Bernama | 25 Januari 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan