Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 30 September 2014

USM Hospital plans to hoot out the rats

Telling signs: Prof Suhaimi and HUSM engineering department chief Ikwan Johar Mohamed (far left) showing the rat trail at the hospital grounds.
KOTA BHARU: Owls may be brought in to help combat the rat menace at the Univerisiti Sains Malaysia Hospital in Kubang Kerian here.

The committee set up to deal with the rat problem is now mulling over the idea of having an owl colony within the hospital grounds to ecologically control the rat population, said Prof Suhaimi Sidek, who spoke on behalf of the hospital’s director Datuk Dr Zaidun Kamari.

“Owls love eating rats. If everything goes as planned, we will first have seven to eight owl nests set up in the compounds,” he told a press conference here yesterday, adding that it was not too costly to buy the birds and set up their habitat.

However, he noted that the idea was at the infancy stage. The Star frontpaged a report highlighting the rat menace at the campus café that had gone uncontrolled and was a health hazard to the public and the 3,000 off-university campus population.

Prof Suhaimi said counter measures involving some RM100,000 had been carried out including placing countless rat traps and glue to bring down the rodent’s population.

“Apart from that, we embarked on an awareness campaign that involved not just the campus population but the public. All caretakers of patients are not allowed to bring in outside food into the wards,” he said.

Prof Suhaimi admitted that almost all the floors of the 12-storey wards building were infested with rats especially the paediatrics ward on the eighth floor.

He insisted that the rat population had been reduced compared to that in October last year, when The Star first reported about the problem. However, he denied that any of the medical students were admitted for food poisoning.

State Local Government, Environ­ment and Health committee chairman Datuk Abdul Fattah Mahmood said he would address the problem when he returned from China next week.

Source: The Star Online | Nation | 30 Sept. 2014

Isnin, 29 September 2014

Clean up your act, USM tells cafeteria operators

KOTA BHARU: The management of University Sains Malaysia (USM) has pledged to take action and monitor the issue of poor hygiene at the campus cafeteria in Kubang Kerian.

USM senior deputy registrar Mohamad Abdullah said the university was aware of the situation and had spoken to stall operators over the matter.

“On the video of the rats uploaded by students on Facebook, we understand that this occurs at night. It so happens that the Desasiswa Nurani hostel is located near the rubbish bin of a dormitory and there are rats all over the place,” he said, adding that the rubbish bins did not belong to USM.

“As soon as we knew about it, the university contacted the cafeteria operators and took steps to resolve the problem,” he said.

Mohamad said the university management had met regularly and monitored the situation continuously. “The operators were called in and reprimanded because of previous similar cases. The university will not tolerate and compromise on cleanliness,” he said.

Mohamad said scheduled pest control operations have also been conducted regularly to tackle the problem.
He said the university also hoped that students and staff would cooperate to maintain cleanliness in the hostels, within the campus and surroundings to reduce the rat menace.

He said the university had set up a secretariat manned by both staff and students to address such matters. Mohamad said the hospital buildings’ rat problem has been solved and that the management was now trying resolve the infestation at the health campus cafeteria.

Source: The Star Online | 29 Sept. 2014

Rodent traps common in Kota Bharu

KOTA BHARU: It’s a common sight in town. At any sundry shop or convenience store in Kota Bharu, one can see rat poison or traps being sold at almost every nook and corner of the street. At the landmark Siti Khadijah market in town, rat poison is sold two feet away from an array of colorful kuih.

Kelantan records the third highest number of leptospirosis cases in the country. Leptospirosis, a bacterial disease also known as rat urine disease causes fever, headache and chills, and can even be fatal. 

Selangor has the highest number of cases in the country but Kelantan’s record has been high for the last two years with 264 and 394 respectively. 

Thus, it was no surprise that Kota Bharu recorded the highest number of leptospirosis cases last year at 88. Machang saw the fewest cases – seven. 

Source: The Star Online | 29 Sept. 2014

Lebih banyak 'baby hatch' akan dibuka di seluruh negara

Pihak OrphanCare akan maklum jika ada pihak yang meletakkan bayi di tempat yang disediakan, pintu akan terkunci, manakala penghawa dingin akan berfungsi secara automatik.
KUALA LUMPUR: Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan 10 pusat perlindungan bayi atau "baby hatch" di cawangan KPJ di seluruh negara.

Pegawai Perhubungan Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah Fadzil berkata, satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama-sama KPJ bagi penubuhan 'Baby Hatch" itu selari dengan usaha menangani kes pembuangan bayi di negara ini.

"Melalui perjanjian itu, bayi yang diletakkan dalam 'baby hatch' akan diserahkan kepada OrphanCare sebelum bayi itu ditempatkan bersama keluarga angkat mereka," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, MoU berkenaan akan ditandatangani antara Pengerusi Yayasan OrphanCare Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Pengarah Urusan KPJ Amiruddin Abdul Satar, pada 10 Oktober ini.

Menolak dakwaan bahawa kewujudan 'baby hatch' menggalakkan kes pembuangan bayi dan anak luar nikah, Siti Naquiah berkata keutamaannyaadalah menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa serta membantu pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak untuk mengambil anak angkat.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 3,758 permohonan diterima bagi mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat.

Sejak penubuhan OrphanCare pada 2010, sebanyak 102 bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat manakala 63 lagi dikembalikan kepada ibu kandung.

"Yayasan kami merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) bagi menangani isu pembuangan bayi.

"Kami berharap kes pembuangan bayi dapat dikurangkan dengan penubuhan 'baby hatch' di samping berusaha menempatkan bayi dengan keluarga yang benar-benar inginkan anak," katanya.

Beliau berkata lebih 50 peratus ibu kandung yang menyerahkan anak mereka kepada OrphanCare adalah lingkungan umur antara 18 dan 24 tahun dan masih berstatus pelajar.

Pihaknya juga mengadakan pelbagai ceramah motivasi di peringkat institusi pengajian tinggi untuk memberi kesedaran berhubung pendidikan seks serta fungsi pusat perlindungan bayi itu, katanya.

"Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan kes pembuangan bayi di samping sebagai satu isyarat bahawa ada lagi insan yang sanggup menjaga bayi berkenaan," katanya.

Siti Naquiah berkata, bukan hanya anak luar nikah yang diserahkan, tetapi ada antaranya menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan si ibu tidak mampu untuk menyara keperluan anak tersebut.

Beliau berkata, OrphanCare kini beroperasi di Petaling Jaya, Selangor, Johor Bahru, Johor dan Kota Bharu, Kelantan. "Kami sedang merancang untuk membina sebuah lagi OrphanCare di Kedah," katanya.

Sumber: mStar Online | 28 Sept. 2014

Serangan tikus kembali, kini di kafeteria Kampus Kesihatan USM

Najis tikus dapat dilihat di sudut penjuru kafeteria terbabit.
KOTA BHARU: Hampir setahun yang lalu, berita serangan tikus di wad pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini mendapat perhatian pihak berkuasa.

Namun, haiwan pembawa penyakit itu masih ada dan keadaan lebih teruk apabila ia kini menyerang kawasan kafeteria utama kampus kesihatan itu.

Pelajar membuat aduan bahawa tikus sering dilihat di kafeteria tersebut yang boleh menampung seramai 200 orang pada satu masa dan dibuka 24 jam.

"Tikus berkeliaran sepanjang masa terutama pada waktu malam. Beberapa pelajar juga dapat merakam video tikus berkeliaran di kaunter perkhidmatan makanan," kata salah seorang pelajar.
Seorang pelajar pula berkata, dia mengesyaki bahawa tikus tersebut merupakan punca kes keracunan makanan yang berlaku.

Tambahnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas makan di kafeteria terbabit beberapa kali. "Kami ada membuat aduan malah memuat naik gambar dan video di Facebook Kumpulan Pelajar dan pengurusan universiti mengetengahkan masalah itu kepada pengendali gerai makanan di kafeteria tersebut.

"Langkah yang diambil hanyalah menutup makanan dengan plastik. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Pada 8 Oktober tahun lalu, muka depan akhbar The Star melaporkan bahawa hospital berusia 31 tahun itu berdepan masalah serangan tikus selama satu dekad.

Menurut laporan itu, pihak pengurusan hospital terbabit tidak membantu menyelesaikan masalah serangan tikus di wad pesakit.

Tinjauan The Star di kafeteria tersebut sejak beberapa hari lalu mengesahkan dakwaan beberapa pelajar. Najis tikus juga ditemui di sudut penjuru kafeteria terbabit dan di beberapa kawasan gerai di dalamnya.

Beberapa pengusaha gerai yang ditemu bual dilihat tidak endah dengan serangan haiwan tersebut manakala segelintir berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti.

"Kami selalu ternampak tikus berkeliaran apabila kami belajar pada waktu malam. Saya juga sudah terbiasa melihat kelibat haiwan itu sekarang dan tidak mahu melihatnya lagi," kata salah seorang pelajar.

Pelajar perempuan itu berkata, dia berhenti menikmati makanan di kafeteria terbabit. Pengendali kafeteria itu yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Che Yah menafikan dakwaan bahawa tikus sering berkeliaran di kampus tersebut.

"Isu serangan tikus sudah selesai. Bangunan telah dibersihkan dengan bahan kimia," katanya. Malah, menurutnya, dia turut memasang perangkap tikus untuk menangkap haiwan pembawa penyakit itu.

Pelajar-pelajar bagaimanapun berkata mereka tidak menyedari sebarang perangkap tikus dipasang atau operasi pemusnahan serangga perosak dilakukan dibangunan tersebut.
 
Sumber: mStar Online | 29 Sept. 2014

Ahad, 28 September 2014

PKR, DAP pembuli - Nik Abduh

Nik Abduh Nik Aziz
PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.
Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.



"Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor. "Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya.



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama.



"Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP.



"PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli"Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya.



Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka.



Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP.



Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan.



Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.



"PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya.



Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu.



"DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati.



"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur.


"PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS. 



Sumber: mStar Online | 28 Sept. 2014

Tindakan 'singkir' Iszuree tunjuk sikap sebenar DAP

Zainal Abidin Osman.

GEORGE TOWN: Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP jelas menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pendapat tidak dapat diterima Pakatan Rakyat di negeri ini.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik sendiri.


"Tindakan drastik kerajaan Pulau Pinang menggugurkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan Umno.



"DAP yang selama ini melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara telah mengambil pendekatan menutup mulut pengkritik sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.


Pada Sabtu, akhbar melaporkan tindakan menyingkirkan Iszuree berikutan ucapan dasar Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.


Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biarpun Iszuree telah menjadi ahli majlis tersebut sejak 2010.



Surat bertarikh 26 September itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 September telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.



Zainal Abidin berkata Iszuree dalam ucapan beliau di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008.


Beliau berkata ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu berkenaan benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri dan mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menangani isu tersebut.



"Ahli Majlis MPPP mewakili PAS itu digugurkan kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang dan kenapa mereka (kerajaan negeri) begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS?



"Dalam dua pilihan raya umum lepas, anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR, bagaimanapun Adun tunggal PAS (Datuk Mohd Saleh Man) tidak juga dilantik menjadi Exco kerajaan Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang," katanya.


Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat nasional.


"Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah menggelar empat orang Adun PAS yang juga Exco kerajaan negeri Selangor sebagai 'pengkhianat'.



"Jadi, kami Umno berpandangan dengan tindakan dan layanan buruk oleh DAP terhadap PAS, parti itu perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.



Sumber: mStar Online | 28 Sept. 2014

Kerajaan P. Pinang tidak demokratik, sombong - Iszuree

Iszuree Ibrahim.

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara dilihat membelakangkan prinsip itu apabila mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan semua peruntukannya.


Tindakan kerajaan negeri itu berikutan ucapan dasar Iszuree pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.


Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sebelum ini mendesak Anggota Parlimen Temerloh daripada PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memohon maaf berhubung kenyataannya dalam isu projek terowong dasar laut, dilihat mengambil langkah lebih drastik terhadap Iszuree berikutan tindakan sama menegur kerajaan negeri itu.

Iszuree mengesahkan menerima surat daripada MPPP berhubung perkara itu dan beliau menyerahkan kepada parti PAS kerana beliau dilantik sebagai anggota majlis oleh parti.


"Saya serahkan (perkara ini) pada parti untuk menentukannya. Saya ahli majlis yang dilantik oleh parti dan saya juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri. Pada masa sama, saya juga merujuk kepada peguam saya nak tengok ada kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan buat saman malu," katanya.


Iszuree menyifatkan tindakan kerajan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara.



"Saya bercakap atas keprihatinan rakyat tanpa mengira kaum. Tapi Malaysia Kini telah 'misquoted' kata saya mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri. Hasil daripada laporan Malaysia Kini, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan.


"Kerajaan negeri pula tanpa mendapat penjelasan saya dan berpandukan laporan Malaysia Kini telah mengambil keputusan semalam menggantung saya serta-merta, umpama memecat saya. Ini amat sedih bila kita tegur, terus diambil tindakan.



"Saya rasa ini cukup tidak demokratik dan hala tuju kerajaan negeri DAP cakap tak serupa bikin, hanya gimik sahaja," katanya.



Beliau berkata teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan kepada ketua menteri, bagaimanapun kerajaan negeri tetap memecat beliau.



Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam majlis berasingan enggan mengulas perkara itu. Surat bertarikh 26 September itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 September telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.



Sumber: mStar Online | 28 Sept. 2014

Sabtu, 27 September 2014

PAS Selangor tidak setuju pengurangan kerusi exco

Khairuddin Othman.
PETALING JAYA: PAS Selangor menolak dakwaan bahawa mereka bersetuju dengan pengurangan kerusi milik parti tersebut dalam senarai barisan Exco yang baharu.

Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali pada Jumaat mengumumkan bahawa PAS hanya diberikan tiga daripada empat kerusi Exco dalam lantikan terbaharu itu.
PAS bagaimanapun diberikan jawatan Timbalan Speaker yang sebelum ini dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Daripada 10 jawatan Exco itu, empat diberikan kepada PKR dan tiga kepada DAP. Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, parti di peringkat negeri dan kebangsaan tidak pernah bersetuju dengan pengurangan kerusi Exco seperti yang diperuntukkan sebelum ini.

"Pada pendapat kami, pengusiran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang mencatat prestasi memberangsangkan (pada pentadbiran terdahulu) adalah tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan.
Khairuddin berkata, perkembangan terbaharu itu merupakan petanda tidak baik terhadap kepimpinan yang baharu itu.
"Namun, PAS mahu memastikan Pakatan di Selangor kekal stabil dan berupaya melaksanakan agenda rakyat.

"Sebelum ini, ahli Exco PAS kekal dalam kerajaan untuk memastikan kerajaan Pakatan tidak tumbang. Oleh itu, PAS akan terus mempertahankan kerajaan negeri," katanya.

Sumber: mStar Online | 26 Sept. 2014

Sultan tegur Pakatan Rakyat, hina dan caci Khalid pada bulan Ramadan lepas

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat menegur pergolakan politik negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terutama melibatkan jawatan menteri besar.
Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah bagi jawatan 10 Exco Kerajaan  Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini.
Titah baginda, pelantikan Exco yang baharu ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan menteri besar selangor, yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
"Kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat bermula daripada 'Langkah Kajang' dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
"Timbul pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Abdul Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor," titah baginda.
Menurut baginda, hasutan dan tohmahan terhadap Abdul Khalid berterusan walaupun ketika Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah.
"Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Selangor ini supaya di bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.
"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan Ramadan dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat untuk menjatuhkan Abdul Khalid sebagai  menteri besar," titah baginda.
Titah Sultan Selangor lagi, krisis menteri besar ini membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap politik di Selangor.
Sementara itu, baginda mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai menteri besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau berjalan dengan baik dan lancar.
"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titah baginda.
Sumber: mStar Online | 26 Sept. 2014

Sultan bukan sekadar hadir istiadat, punyai kuasa - Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat mengingatkan semua pihak bahawa baginda mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju negeri itu bagi memastikan rakyat berada dalam aman serta maju, dan bukan sekadar menghadiri istiadat.
Baginda bertitah, oleh sebab tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja sekadar lambang tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Titahnya, terdapat ahli politik yang sengaja tidak mahu memahami peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka mempunyai agenda lain.
"Beta adalah Sultan yang memerintah negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat dapat menikmati hidup berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna," titah baginda pada majlis angkat sumpah 10 Exco Kerajaan Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini, petang Jumaat.
Sultan Selangor turut bertitah bahawa baginda tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar.
"Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titah baginda.
Sementara itu, Sultan Selangor menyeru semua Exco yang baru dilantik supaya memberi sokongan padu kepada Menteri Besar, Azmin Ali.
Baginda juga mengingatkan supaya Exco menumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat sebagai wakil rakyat mereka.
"Parti-parti yang diberi mandat untuk memerintah Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir kerajaan negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
"Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada," titah baginda.
Sumber: mStar Online | 26 Sept. 2014

Khamis, 25 September 2014

Tiada petroleum di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Malaysia mendapati sehingga hari ini tiada petroleum didapati dan diperoleh di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Hasil penemuan itu berasaskan kepada terma 'di dalam negeri' dalam perjanjian sebelum ini yang merujuk kepada tanah negeri dan laut wilayah negeri tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari garis air surut persisiran pantai negeri.

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan di sini hari ini, takrifan itu juga berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan domestik yang terpakai.

"Oleh itu sehingga hari ini Petronas tidak terikat secara undang-undang untuk membayar bayaran tunai kepada mana-mana negeri di bawah perjanjian pembayaran.

"Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani antara pihak Petronas dengan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, negeri-negeri tersebut hanya berhak ke atas lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri berkenaan,"kata kenyataan itu.

Dalam pada itu menurut kenyataan tersebut, langkah kerajaan memaklumkan keputusan jawatankuasa khas kepada umum adalah untuk memberikan penjelasan yang sebenar kepada rakyat selain mengelakkan mereka terus diberikan versi tidak benar serta mengelirukan berhubung isu berkenaan.

"Langkah ini perlu dilakukan demi memelihara kepentingan negara dan dalam masa sama rakyat dapat memahami pendirian kerajaan yang dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh satu jawatankuasa khas yang bebas bagi menghapuskan pelbagai tohmahan dan salah sangka kepada kerajaan,"ujar kenyataan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia | Dalam Negeri | 24 Sept. 2014 | Terbitan 25 Sept. 2014

PRK Pengkalan Kubor: PAS dakwa kesan seorang pengundi hantu

Lelaki berbaju putih (duduk) didakwa sebagai 'pengundi hantu' oleh Juham.
PENGKALAN KUBOR: Petugas pilihan raya PAS mendakwa telah mengesan kehadiran seorang 'pengundi hantu' yang hadir untuk membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Khamis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS, Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya mengesan kehadiran pengundi yang didakwa itu di Unit Peti Undi Bendang Pa' Yong, di sini.

"Juham menerima aduan daripada petugas pilihan raya PAS di UPU Bendang Pa'Yong tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.

"Peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan untuk menyoal pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta pasportnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Juham, Khamis.

Noorazmir mendakwa, pengundi terbabit pada mulanya dikesan diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa' Yong.

"Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi berkenaan," ujarnya.

Noorazmir memberitahu, timbul keraguan apabila pengundi tersebut tidak mengetahui nombor kad pengenalan, umur dan alamatnya di Pengkalan Kubor apabila disoal siasat.

"Lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama DUN tempat dia mengundi ini dan apakah nama tempat UPU dia mengundi. "Berdasarkan rekod dalam pasport lelaki berkenaan, dia kerap berulang-alik ke Thailand.

"Apabila ditanya, dia mengesahkan keluarganya menetap di Thailand dan kali pertama mengundi adalah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Noorazmir ketika dihubungi berkata, polis yang berada di UPU tersebut turut membuat pemeriksaan terhadap pengundi berkenaan.

"Kita tak pasti dia di bawa ke mana, mungkin ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
"Kita akan membuat laporan polis pada petang ini," katanya.

Sumber: mStar Online | 25 Sept. 2014

Rabu, 24 September 2014

Kerajaan dedah keputusan penentuan tuntutan bayaran tunai hasil petroleum Pantai Timur Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengumumkan keputusan kajian Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata pengumuman itu bertujuan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat serta mengelak rakyat daripada terus diberikan berbagai versi yang tidak benar dan mengelirukan berhubung tuntutan tersebut.


Langkah ini perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan Negara supaya rakyat dapat memahami pendirian kerajaan itu dibuat berdasarkan kajian oleh satu Jawatankuasa Khas bebas bagi menghapuskan berbagai tohmahan dan salah sangka kepada pihak kerajaan.


Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah memberi taklimat kepada Jemaah Menteri berkenaan penemuan jawatankuasa tersebut pada 28 Ogos 2013.


Jawatankuasa Khas tersebut ditubuhkan bagi menimbangkan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam Terma Rujukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mengemukakan pandangannya kepada Kerajaan Persekutuan.


Sumber: Bernama | 24 Sept. 2014

Pembinaan loji rawatan air Tendong selesai masalah bekalan

KOTA BHARU: Masalah bekalan air di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang menjejaskan lebih 500 penduduknya akan hanya dapat diselesaikan sepenuhnya dengan pembinaan loji rawatan air baharu di Tendong.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Infrastruktur dan Teknoloji Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, pembinaan loji baharu itu dijangka siap pada akhir tahun hadapan.

"Loji ini akan dapat mengeluarkan bekalan air bersih sebanyak 25 juta liter sehari untuk diagihkan ke daerah Tumpat.

"Kita kini sedang mengambil beberapa langkah dalam menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung yang terlibat iaitu di Kampung Kubang Sawa, Kampung Naga Ibu dan Kampung Kuala Jambu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan lebih 500 penduduk di kampung terbabit menyatakan kekesalan mereka kerana masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih secara sempurna sejak lebih lima tahun lalu.

Ekoran itu, penduduk di kampung terbabit iaitu Kampung Kuala Jambu, Kampung Kubang Sawah dan Kampung Naga Ibu terpaksa menggunakan air sungai untuk kegunaan harian.

Keadaan tersebut turut memaksa mereka mengeluarkan belanja lebih bagi membeli air bersih di dalam botol di kedai-kedai untuk memasak dan minum.

Hanifa berkata, pihaknya telah menghantar bekalan air melalui lori tangki bagi membekalkan air kepada 14 tangki statik yang telah ditempatkan di kampung yang terlibat.

"Langkah ini akan dan sentiasa dilakukan sehingga masalah ini dapat diselesaikan sepenuhnya. "Sebelum ini pihak AKSB telah menasihatkan pengguna di kampung tersebut yang sedang mengalami masalah bekalan air supaya membuat tangki sedutan di premis masing-masing bagi mengelak timbul masalah," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 23 Sept. 2014 | Terbitan 24 Sept. 2014

LPT 2 dibuka sepenuhnya penghujung tahun ini

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II menghubungkan Jabor - Gemuroh akan mula dibuka sepenuhnya kepada orang ramai penghujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir. Rosli Othman berkata, meskipun berlaku kelewatan daripada jadual asal iaitu sepatutnya dibuka pada September tahun ini, laluan itu tetap akan boleh digunakan akhir tahun ini.

"Kita masih berpegang pada janji bahawa LPT Fasa II ini akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada akhir tahun ini," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Projek LPT Fasa II sepanjang 184 kilometer dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh adalah susulan projek LPT Fasa I dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang bermula Mac 2006, membabitkan kos kira-kira RM3.7 bilion.

Dalam pada itu, Rosli turut menarik perhatian, kerajaan negeri juga akan menaik taraf jalan menghubungkan daerah ini ke Besut sejauh kira-kira 92 kilometer yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Menjawab soalan Mohd. Mahdi Musa (BN-Kota Putera), projek berkenaan akan melibatkan tiga daerah itu iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut yang akan bermula dari bulatan Batu Enam sehingga persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Dari simpang lapangan terbang, bakal diteruskan ke Setiu sehingga ke simpang Cik Salmah melalui Jalan Fikri, seterusnya ke Besut dan projek ini akan dilaksanakan berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kerajaan," jelasnya.

Beliau memberitahu, pihaknya juga akan sentiasa memantau jalan-jalan di seluruh negeri ini untuk dinaik taraf dan pelaksanaannya kelak turut mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 23 Sept. 2014 | Terbitan 24 Sept. 2014

National Geographic pilih Kelantan perkenal kepada dunia

Mohamed Nazri (kiri) melihat perahu penambang yang dipamerkan di Istana Jahar, semalam.
KOTA BHARU: Kelantan bakal menarik lebih ramai pelancong luar selepas negeri ini terpilih untuk difilemkan dalam dokumentari National Geographic, sekali gus menjadi platform memperkenalkan pelbagai tempat bersejarah dan budaya masyarakat ke peringkat dunia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebelum ini dalam perjumpaannya bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, beliau berjanji mahu memperkenalkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu ke peringkat dunia.

“Maka janji itu telah ditunaikan kali ini setelah kru National Geographic turun ke Kelantan dan mengadakan sesi penggambaran di beberapa tempat menarik di Kelantan termasuk di Istana Jahar, sebuah mercu tanda di Kelantan.

“Harapan kami semoga dengan paparan dokumentari ini akan memperkenalkan Kelantan ke peringkat lebih jauh dan turut menjadi pilihan pelancong luar, dan semakin ramai berminat untuk datang serta melihat sendiri keunikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai penggambaran dokumentari tersebut di Istana Jahar,  di Jalan Sultan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abdul  Rahman.

Mohamed Nazri berkata, beliau juga turut dipilih sebagai wakil hos untuk memperkenalkan Kelantan melalui pakaian petani dengan memakai kain dililit di atas kepala, selain mengenakan kain sarung dan seluar panjang serta berbaju T bagi melambangkan kehidupan masyarakat di negeri ini.

“Saya juga dipilih sebagai hos jemputan  memperkenalkan pelbagai barangan tradisional dan klasik Kelantan dalam dokumentari tersebut.

“Insya-Allah, dokumentari ini akan ditayangkan sedikit masa lagi. Ia tentunya beri peluang kepada negara luar yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia dan Kelantan untuk memahami serta menyelami budaya Melayu Kelantan yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, malah mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, Md Anizam amat berterima kasih atas usaha Mohamed Nazri memperkenalkan Kelantan ke peringkat dunia.

“Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri amatlah diharapkan dalam usaha membangunkan Kelantan," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Sept. 2014

Isnin, 22 September 2014

Kelantan peruntuk RM5.5 juta bina jambatan baharu di Teluk Jering, Pengkalan Kubor


TUMPAT: Setelah lebih 30 tahun penduduk di Teluk Jering Pengkalan Kubor terpaksa menggunakan jambatan sempit, tidak lama lagi jambatan itu akan diganti baharu.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM5.5 juta bagi membina jambatan baharu yang menghubungkan lima kampung membabitkan lebih 5,000 penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad (gambar) berkata, kerajaan negeri meluluskan pembinaan jambatan baharu bagi mengatasi masalah dihadapi penduduk.

“Penduduk terpaksa menggunakan jambatan lama yang sempit. Strukturnya tidak sesuai lagi memandangkan berlaku pertambahan pengguna.

“Pembinaannya akan dilakukan setelah selesai proses di peringkat teknikal dan penyediaan pelan,” katanya pada sidang media di Markas Besar PRK Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Jambatan itu digunakan penduduk di Kampung Teluk Jering, Kajang Sebidang, Jejulok, Kuala Jambu dan Bendang Pok Yong terutamanya bagi membawa hasil pertanian dan anak-anak ke sekolah.

Jambatan itu dibina kerajaan negeri selepas ia tidak diberi perhatian di bawah projek kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Hanifa melawat jambatan lama minggu lepas dan sehari selepas itu disusuli lawatan pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerjaraya dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

"Jambatan itu akan dibina bermula seawal tahun hadapan dan dijangka siap dalam tempoh setahun," katanya. Jambatan baharu akan dibina sepanjang 65 meter dan lebar lapan meter. 

Sumber: Harakah Daily | 22 Sept. 2014

Rizab simpanan RM3.3b, pelaburan RM60b - Khalid


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008.

Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti, lapor Selangor Kini.

Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf.

Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz.

“Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” katanya dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan disalurkan menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), yang nilainya sudah mencecah lebih RM1.65 bilion.

“Lebih 20 program, skim dan insentif dikhususkan bagi kebajikan golongan rakyat berpendapatan rendah bawah RM2,500 sebulan dan berpendapatan sederhana tinggi bawah RM5,000 sebulan dilaksanakan menerusi dasar MES yang dilancarkan pada Jun 2008,” katanya.

Beliau berkata setelah tamat penggal pertama menerajui kerajaan negeri beliau sangat berpuas hati dengan sikap 'bekerja bersama saya' dalam hal menggembleng usaha dan tenaga menjayakan dasar MES.

“Majoriti rakyat menunjukkan rasa puas hati terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. “Buktinya, kira-kira 1.3 juta daripada lebih 1.7 juta pengundi memberi kemenangan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat seterusnya mengekalkan Kerajaan Negeri di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya lagi.

Sumber: Harakah Daily | 22 Sept. 2014