Lelaki berbaju putih (duduk) didakwa sebagai 'pengundi hantu' oleh Juham. |
PENGKALAN KUBOR: Petugas pilihan raya PAS mendakwa
telah mengesan kehadiran seorang 'pengundi hantu' yang hadir untuk
membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Kubor pada Khamis.
Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS,
Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya mengesan kehadiran pengundi yang
didakwa itu di Unit Peti Undi Bendang Pa' Yong, di sini.
"Juham menerima aduan daripada petugas pilihan raya PAS di UPU
Bendang Pa'Yong tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara
Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.
"Peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan
untuk menyoal pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta
pasportnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Juham, Khamis.
Noorazmir mendakwa, pengundi terbabit pada mulanya dikesan diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa' Yong.
"Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut
terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi berkenaan," ujarnya.
Noorazmir memberitahu, timbul keraguan apabila pengundi tersebut
tidak mengetahui nombor kad pengenalan, umur dan alamatnya di Pengkalan
Kubor apabila disoal siasat.
"Lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama DUN
tempat dia mengundi ini dan apakah nama tempat UPU dia mengundi. "Berdasarkan rekod dalam pasport lelaki berkenaan, dia kerap berulang-alik ke Thailand.
"Apabila ditanya, dia mengesahkan keluarganya menetap di Thailand dan
kali pertama mengundi adalah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru
ini," katanya.
Sementara itu, Noorazmir ketika dihubungi berkata, polis yang berada
di UPU tersebut turut membuat pemeriksaan terhadap pengundi berkenaan.
"Kita tak pasti dia di bawa ke mana, mungkin ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. "Kita akan membuat laporan polis pada petang ini," katanya.
"Kita tak pasti dia di bawa ke mana, mungkin ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. "Kita akan membuat laporan polis pada petang ini," katanya.
Sumber: mStar Online | 25 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan