Tertuduh akan ditahan sehingga kes terhadapnya disebut semula. |
KOTA BHARU: Seorang buruh berdepan hukuman gantung sampai mati selepas
didakwa pada tuduhan mengedar 540.27 gram dadah jenis metamphetamine, di
mahkamah tinggi, di sini, semalam.
Muhamad Hafizuddin Rosli, 21, dari Kampung Pasir Puteh Rantau Panjang didakwa mengedar dadah berkenaan di kawasan semak belakang sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pasir Puteh Gual Sintok, Rantau Panjang, Pasir Mas, pada jam 3.15 petang, 20 Mac 2014.
Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Muhammad Hasif Hasan, memohon dibicarakan. Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 14 Oktober depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Darlina Ali di hadapan Hakim, Datuk Azman Abdullah.
Dalam perkembangan sama, tertuduh juga didakwa memiliki 8.76 gram dadah jenis sama pada masa, tarikh dan lokasi sama. Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan.
Kedua-dua kes terhadap tertuduh akan disebut semula pada tarikh sama. Tiada jaminan dibenarkan terhadapnya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan