Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 3 September 2014

Ibu dituduh edar dadah bersama dua rakan lelaki

Mohd Saifulazan (tengah) Mohamad Helfie dan Rosnani akan ditahan sementara kes mereka disebut semula.
KOTA BHARU: Seorang ibu dua anak bersama dua rakan lelakinya didakwa atas tuduhan mengedar 98.7 gram dadah jenis metamphetamine, di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Rosnani Awang, 29, (tertuduh ketiga) dan rakan-rakannya, Mohd Saifulazan Mohd Sauffie, 26, (tertuduh pertama) dan Mohamad Helfie Ismail, 27, (tertuduh kedua) didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dituduh mengedar dadah berkenaan di Taman Puspajaya B, Ketereh, di sini, jam 4.20 petang, pada 19 Ogos lalu.

Sabit kesalahan, kesemua mereka boleh dihukum gantung sampai mati, namun tiada pengakuan direkodkan pada prosiding itu, semalam.

Dalam perkembangan sama,  Mohamad Helfie dihukum penjara enam bulan masing-masing ke atas dua tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine, pada 5 Disember 2013 dan amphetamine pada 25 Julai 2013.

Majistret, Nik Habri Muahamd mengarahkan hukuman itu berkuat kuasa serentak dari tarikh tertuduh ditahan dan tertuduh juga diarah jalani pengawasan selama tiga tahun.

Dalam pada itu, seorang penganggur, Mohamad Naspi Mohd Faizul, 24, dari Rumah Pangsa Bulu Kubu, di sini, dituduh mengedar dadah jenis sama seberat 78.29 gram di hadapan stesen minyak Shell Taman Sari Berek 12, Jalan Hospital, di sini, pada jam 7.25 petang, 21 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamed, manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin. Kedua-dua kes berkenaan bersambung 3 November depan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 3 Sept. 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan