Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 24 September 2014

Kerajaan dedah keputusan penentuan tuntutan bayaran tunai hasil petroleum Pantai Timur Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengumumkan keputusan kajian Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata pengumuman itu bertujuan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat serta mengelak rakyat daripada terus diberikan berbagai versi yang tidak benar dan mengelirukan berhubung tuntutan tersebut.


Langkah ini perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan Negara supaya rakyat dapat memahami pendirian kerajaan itu dibuat berdasarkan kajian oleh satu Jawatankuasa Khas bebas bagi menghapuskan berbagai tohmahan dan salah sangka kepada pihak kerajaan.


Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah memberi taklimat kepada Jemaah Menteri berkenaan penemuan jawatankuasa tersebut pada 28 Ogos 2013.


Jawatankuasa Khas tersebut ditubuhkan bagi menimbangkan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam Terma Rujukan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mengemukakan pandangannya kepada Kerajaan Persekutuan.


Sumber: Bernama | 24 Sept. 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan