Tun Dr Mahathir Mohamad |
PUTRAJAYA: Semua pihak harus akur dengan pemilihan
calon Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah bagi mengelak krisis politik berpanjangan di
negeri itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Beliau berkata pemilihan Sultan Selangor perlu diterima semua pihak terutamanya Pakatan Rakyat ekoran kegagalan mereka mengemukakan calon tunggal Menteri Besar Selangor yang disokong oleh semua.
"Mereka tidak dapat membuat kata putus bersama untuk mengemukakan satu calon... sebab itu Sultan meminta dua tiga calon dan terpulang pada Sultan untuk memilih sesiapa dan saya harap semua pihak akan bersetuju," katanya.
Dr Mahathir berkata sekiranya terdapat usul tiada kepercayaan dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rakyat yang menyebabkan Menteri Besar yang dipilih itu 'jatuh', ia hanya memanjangkan masalah di negeri itu.
"Berpanjangan masalahnya dan lebih baik mereka sokong siapa yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar," katanya kepada media selepas melancarkan projek pembangunan bercampur Shapadu Putrajaya Haven di sini, Isnin.
Ditanya adakah pemilihan Menteri Besar oleh Sultan Selangor menunjukkan pencabulan demokrasi dalam Parlimen, Dr Mahathir berkata :"Demokrasi adalah mengikut suara ramai, kali ini tiada suara ramai jadi terpaksa pihak seperti presiden membuat keputusan.
"Kalau ada satu calon yang disokong penuh oleh semua, maka tidak ada kemungkinan usul tiada kepercayaan, malah satu nama dah cukup," katanya.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata nama menteri besar yang baharu bakal diumumkan hari ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.
Sumber: Bernama | 22 Sept. 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan