Rosdi berharap longgokan sampah dibersihkan dengan segera kerana ia menyebabkan air bertakung di kawasan premis perniagaannya. |
KOTA BHARU: Bukan sahaja menjejaskan pandangan, malah dua longgokan sampah didakwa sisa pasar lama di Kampung Banggol di sini turut mengundang ancaman denggi apabila terdapat takungan air disebabkan sistem saluran tersumbat.
Penduduk, Rosdi Lodin, 49, berkata, pasar lama terbabit yang tidak beroperasi itu dirobohkan pihak berkenaan dua bulan lalu namun aktiviti pembersihan dilakukan separuh jalan.
Menurutnya, keadaan itu mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan lebih 100 penduduk di sekitar pasar berkenaan apabila turut berdepan limpahan air longkang ketika hujan lebat.
“Jika tidak hujan, air longkang tetap bertakung dan keadaan ini membimbangkan kerana akan menggalakkan pembiakan nyamuk aedes,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Rosdi berkata, dia telah beberapa kali menghubungi pihak berkenaan namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.
"Diharap, tindakan segera dapat diambil kerana longgokan sampah daripada kayu, botol-botol dan kotak kosong itu sudah terlalu lama dibiarkan tanpa penyelenggaraan sewajarnya," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, kelewatan pembersihan disebabkan terdapat permintaan daripada penduduk sekitar untuk mendapatkan kayu binaan pasar lama itu untuk dijadikan bahan api.
“MPKB-BRI hanya penuhi permintaan penduduk yang mahu dapatkan kayu daripada binaan pasar lama itu untuk perusahaan keropok, namun jika ia masih di situ, kami akan segera membersihkan kawasan tersebut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 21 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan