Mohd Azam (dua, kanan) bersama Mohammad Azmie (kanan) dan Raduan (empat, kanan) menyaksikan upacara menandatangani ikrar oleh ahli veterinar baharu. |
KOTA BHARU: Seramai 38 pelajar kumpulan pertama Fakulti Perubatan
Veterinar (FPV) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima
pentauliahan, yang secara rasmi menyenaraikan mereka sebagai ahli
Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Malaysia.
Dekan FPV, Prof Dr Mohd Azam Khan Goriman Khan berkata, bagi melengkapkan ikhtisas kedoktoran pelajar berkenaan, FPV dengan rasa bangga mengadakan Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar yang pertama untuk UMK bagi meraikan kumpulan perintis tersebut.
“Tanpa prosedur ini, mereka tidak dapat beramal sebagai seorang doktor veterinar, dengan ikrar yang dilafaz, ditandatangani dan mendapatkannya di hadapan pendaftar majlis (Majlis Veterinar Malaysia) secara rasminya mereka dalam ikhtisas veterinar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika menghadiri Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar di UMK, semalam.
Hadir sama, Presiden Majlis Veterinar Malaysia, Datuk Dr Mohammad Azmie Zakaria dan Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.
Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, hampir keseluruhan pelajar kumpulan pertama FPV itu mendapat pekerjaan sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta.
“Mereka tidak bermasalah dengan pekerjaan, namun selagi tidak mendapat pengiktirafan, mereka tidak dapat bekerja sebagai veterinawan, majlis hari ini (semalam) ibarat penyerahan lesen buat mereka, kita akan pantau perkembangan mereka daripada masa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun tidak semua bersedia untuk berada dalam alam pekerjaan apabila kira-kira 30 peratus daripada mereka memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, sehingga kini FPV yang merupakan fakulti kedua menawarkan Program Doktor Perubatan Veterinar di Malaysia mempunyai kira-kira 200 pelajar dari tahun satu hingga lima dengan purata ambilan seramai 40 orang setahun.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 22 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan