Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 24 September 2014

LPT 2 dibuka sepenuhnya penghujung tahun ini

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II menghubungkan Jabor - Gemuroh akan mula dibuka sepenuhnya kepada orang ramai penghujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir. Rosli Othman berkata, meskipun berlaku kelewatan daripada jadual asal iaitu sepatutnya dibuka pada September tahun ini, laluan itu tetap akan boleh digunakan akhir tahun ini.

"Kita masih berpegang pada janji bahawa LPT Fasa II ini akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada akhir tahun ini," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Projek LPT Fasa II sepanjang 184 kilometer dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh adalah susulan projek LPT Fasa I dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang bermula Mac 2006, membabitkan kos kira-kira RM3.7 bilion.

Dalam pada itu, Rosli turut menarik perhatian, kerajaan negeri juga akan menaik taraf jalan menghubungkan daerah ini ke Besut sejauh kira-kira 92 kilometer yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Menjawab soalan Mohd. Mahdi Musa (BN-Kota Putera), projek berkenaan akan melibatkan tiga daerah itu iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut yang akan bermula dari bulatan Batu Enam sehingga persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Dari simpang lapangan terbang, bakal diteruskan ke Setiu sehingga ke simpang Cik Salmah melalui Jalan Fikri, seterusnya ke Besut dan projek ini akan dilaksanakan berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kerajaan," jelasnya.

Beliau memberitahu, pihaknya juga akan sentiasa memantau jalan-jalan di seluruh negeri ini untuk dinaik taraf dan pelaksanaannya kelak turut mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 23 Sept. 2014 | Terbitan 24 Sept. 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan