Awang Mat (kanan) dan Abdul Manaf menceritakan kisah tentera komunis yang menjadikan kampung mereka sebagai kubu kuat sebelum merdeka. |
PASIR PUTEH: Peristiwa Balai Polis Bukit Yong diserang komunis sebelum
negara mencapai kemerdekaan masih segar dalam ingatan penduduk Kampung
Gong Genor dan kawasan sekitar kerana ketika itu tentera komunis
berkampung di dalam hutan berhampiran kampung mereka.
Awang Mat Abdul Rahman, 79, berkata, komunis bertindak berani selepas kerajaan menarik balik senjata api daripada anggota Homeguard yang ditugaskan mengawal kampung ketika itu.
Katanya, kerajaan berjaya menahan enam penduduk yang dikatakan menjadi tali barut komunis, tidak termasuk penduduk yang dikenali sebagai Yahya.
Yahya katanya, pernah ditahan tetapi berjaya meloloskan diri dan terus aktif bersama komunis sehingga mencetuskan kekecohan termasuk kejadian penduduk kampung dikenali sebagai Sulong yang ditembak di rumahnya di Gong Genor.
“Sulong sebelum itu dikatakan mencabar komunis, walaupun ia tidak didengar komunis tapi hal itu disebarkan oleh tali barut sehingga Sulong ditembak mati.
“Saya masih ingat satu perjumpaan diadakan di Panchor Pendekar Umar, di mana penduduk dihimpunkan untuk mendengar penerangan ketua tentera komunis diiringi 80 anggotanya.
“Ketika itu saya berusia 18 tahun dan merupakan anggota Homeguard, kami tidak terpengaruh dengan perjuangan komunis,” katanya ketika menceritakannya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, walaupun tentera komunis tidak mengganggu penduduk kampung namun penduduk tetap berjaga-jaga dengan setiap rumah mempunyai lubang persembunyian di bawah rumah.
Tanggal 31 Ogos 1957 katanya, dia menarik nafas lega apabila negara mencapai kemerdekaan dan dia secara diam menyertai perarakan meraikan kemerdekaan di Padang Merdeka, Kota Bharu.
Seorang lagi penduduk, Abdul Manaf Sasu, 70, berkata, dia masih mengingati peristiwa pembunuhan Sulong dan beberapa lagi insiden membabitkan komunis.
“Saya ketika itu tinggal di Kampung Lepan Rambai tetapi diarahkan berpindah ke Kampung Batu Berendam dan Kampung Bukit kerana Kampung Lepan Rambai terdedah dengan kehadiran tentera komunis.
“Saya juga ke Kota Bharu untuk meraikan kemerdekaan tetapi tidak berani menghebohkannya kerana ketika itu Gong Genor masih kubu kuat komunis di daerah ini,” katanya.
Katanya, Gong Genor dan kampung sekitar agak terpencil ketika itu dengan dinding rumah dibuat daripada buluh yang dianyam serta beratapkan daun pokok sagu.
“Selepas Umno menang pilihan raya 1978, barulah ada sedikit pembaharuan dengan rumah penduduk berjaya dibekalkan kemudahan elektrik dan air tandak.
“Walaupun agak lewat kami menerima pemodenan, namun hasil persefahaman penduduk dan keprihatinan kerajaan, kami akhirnya mengecapi kehidupan lebih baik serta menjalani kehidupan dalam suasana aman damai sehingga ke hari ini,’ katanya yang kini merupakan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Batu Berendam.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan