Tertuduh mengaku salah mencuri kelapa dan nasibnya akan diketahui 29 September ini. |
Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditetapkan di Mahkamah Majistret Bachok, pada 29 September ini.
Tertuduh, Mohd Azraf Mat Zain, 27, didakwa mencuri 10 kelapa milik Mohamad Ismail, 56, di tepi jalan Kampung Limau Nipis, Bachok, pada jam 1.45 petang, 29 Ogos lalu.
Tuduhan terhadap tertuduh dibuat di hadapan Majistret, Mohamad Isa Mohamed. Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin, namun setakat tengah hari semalam, tertuduh tidak menjelaskan wang jaminan itu.
Tertuduh ditahan penduduk kampung selepas menyedari dia mencuri kelapa milik Mohamad Ismail tersebut. Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan mengaku mencuri buah tersebut.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 3 Sept. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan