Keadaan
bas ekspress selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Gua
Musang-Kuala Krai di Gua Musang, Kelantan awal pagi tadi.
|
GUA MUSANG: Seramai 14 penumpang bas ekspres Transnasional terselamat walaupun bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Chiku 1, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, bas tersebut dikatakan terbabas ke bahu jalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.
Difahamkan hanya pemandu bas, Nik Hasan Mahmud, 47, mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, kemalangan itu turut melibatkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima.
Katanya, kemalangan berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala Gua Musang, manakala lori berkenaan pula berada di laluan bertentangan.
“Pemandu bas itu dikatakan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan treler dari arah Gua Musang.
“Manakala Toyota Estima yang berada di belakang bas turut terlibat kerana tidak dapat mengelak lalu melanggar treler yang telah terbabas ke kanan jalan.
“Bas terbabit terbabas ke dalam cerun dengan ketinggian kira-kira 10 meter dan mengakibatkan pemandunya cedera,” katanya.

Sumber: Utusan Online | 1 Jun 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan