Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 2 Jun 2017

Kerusi DUN Nenggiri kosong, penyandang diisytihar muflis - Speaker DUN Kelantan

KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani muflis.

Abdullah berkata DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff daripada Barisan Nasional (BN) telah muflis.

"Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi anggota Dewan (Undangan) Negeri (Kelantan)," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Khamis.

Abdullah berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Nenggiri pada Ahad ini untuk tindakan lanjut.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu (PRU13) Mat Yusoff menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohammad Azihan Che Seman dan calon Bebas Abdul Aziz Mohamed dengan majoriti 3,849 undi.

Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Insolvensi bahawa Mat Yusoff dikenakan hukuman kebankrapan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Nov 2016 atas permohonan sebuah bank dan jabatan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya hanya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi berhubung perkara berkenaan pada 28 Mei lepas manakala daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan pada 21 Mei lalu.

Sementara itu, Pengarah SPR Kelantan Fakhrul Razi Ab Wahab berkata pihaknya sedang menunggu notis makluman berhubung pengosongan kerusi berkenaan daripada speaker.

Beliau berkata berikutan DUN Kelantan telah mencapai mandat selama tiga tahun selepas PRU13 lepas pada Mei 2013, maka kelazimannya pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

"Bagaimanapun terserah kepada budi bicara speaker DUN Kelantan untuk mengadakan pilihan raya kecil ataupun tidak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumber: Bernama | 1 Jun 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan