Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 4 Jun 2017

Van dipandu oleh bukan pemandu asal

Keadaan van yang membawa 12 orang pelajar dan dua ustaz Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kg. Tualang Kuala Krai selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Telekung, kelmarin.
KOTA BHARU: Pihak polis menegaskan tidak timbul kenyataan berbeza di antara pihak polis dan pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi berhubung status lesen pemandu van yang terlibat dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Kampung Telekong, Kuala Krai kelmarin.

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati van tersebut tidak dipandu oleh pemandu asal yang ditugaskan oleh maahad tersebut.

“Ada dua kenyataan kontra mengenai lesen memandu selepas pengasas maahad ini menyatakan pemandu van tersebut mempunyai lesen.

Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, van ini dipandu oleh pemandu lain dan bukannya pemandu asal yang mempunyai lesen.

Semasa kejadian dia (pemandu asal) berada di sebelah pemandu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan pemandu van membawa pelajar Mahad Tahfiz Al Hashimi, Tualang yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat sini semalam didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Bagaimanapun pemandu terbabit, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 24, tidak mempunyai sebarang rekod saman trafik.

Sumber: Utusan Online | 4 Jun 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan