Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 2 Jun 2017

Empat pelajar dikebumi berdekatan pusat tahfiz

KUALA KRAI: Jenazah empat pelajar yang maut dalam kemalangan di Km 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Pusat Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang.

Pengasas pusat tahfiz berkenaan Datuk Adnan Hashim berkata tiga lagi jenazah akan dibawa pulang ke Bachok, Dabong dan Pattani.

"Anggota keluarga telah memberi kebenaran supaya keempat-empat jenazah tersebut dikebumikan berdekatan pusat tahfiz berkenaan sebaik urusan bedah siasat yang sedang dilakukan di Hospital Kuala Krai selesai," katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai.

Beliau berkata jenazah yang akan dikebumikan dalam satu liang lahad ialah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16, Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17.

Beliau berkata sementara jenazah Muhammad Rahman Rozali, 18, akan dikebumikan di Kampung Tok Dosah, Bachok, jenazah Ahmad Farhan Zulkifli, 14, di Kampung Seri Jaya, Dabong di sini, manakala seorang pelajar warga Thailand, Sarifuddin Muhammad akan dikebumikan di Pattani.

Adnan reda dengan pemergian tujuh pelajarnya dalam kemalangan itu.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi tadi itu, tujuh pelajar maut manakala lima lagi parah selepas van yang mereka naiki dilapor terbabas sebelum terjatuh ke dalam cerun dan merempuh sebuah rumah penduduk berdekatan Kampung Telekung.

Van itu dinaiki seramai 12 pelajar dan dua guru pengiring.

Sumber: Bernama | 2 Jun 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan