Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 20 Ogos 2017

Kerajaan negeri enggan beri kelulusan tanah, projek tanaman gaharu tidak dapat dijalankan

Tengku Razaleigh Hamzah memotong pulut kuning tanda perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang 2017 di Dewan Bukit Cekati, di sini.
GUA MUSANG: Projek tanaman gaharu di dua kawasan melibatkan Dun Galas dan Nenggiri masih lagi tidak dapat dijalankan ekoran keengganan kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah.

Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sehingga kini, kerajaan masih menunggu kelulusan tanah seluas 400 ekar yang dimohon daripada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek berkenaan.

Katanya, peruntukkan kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sudah lama diluluskan iaitu sebanyak RM5 juta sebagai dana permulaan.

"Projek tanaman gaharu ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan kekal untuk masyarakat Orang Asli. Namun sehingga kini, kerajaan negeri masih belum beri tanah yang diperlukan.

"Malah, surat yang dihantar juga masih belum dijawab hingga kini. Saya tidak tahu kenapa kerajaan negeri memandang enteng perkara yang melibatkan Orang Asli padahal mereka juga rakyat kita.

"Kita memerlukan tanah kerana gaharu tidak boleh ditanam atas angin. Sebelum ini, kerajaan negeri menawarkan tanah Yayasan Islam Kelantan (Yik) namun kita tolak kerana langkah itu merugikan Orang Asli yang berpenat lelah sedangkan hasil tidak disalurkan kepada mereka secara saksama kerana ditanam atas tanah orang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang 2017 di Dewan Bukit Cekati, di sini, hari ini.

Tambah Tengku Razaleigh, pasaran gaharu mampu menjana pendapatan sekitar RM25,000 hingga RM30,000 bagi satu tan dan ia satu inisiatif baharu untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Orang Asli di daerah ini yang rata-ratanya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 19 Ogos 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan