Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 18 Ogos 2017

Gua Musang akan dibangunkan sebagai bandar pelancongan

GUA MUSANG: Kerajaan Negeri Kelantan sedang memajukan Gua Musang sebagai bandar pelancongan bagi membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan Ulu Kelantan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kawasan tersebut mempunyai beberapa lokasi air terjun, gua batu kapur, keindahan flora dan fauna yang patut dilawati.

"Bandar Gua Musang juga semakin terkenal sebagai bandar transit berikutan ia terletak di tengah-tengah laluan yang menghubungkan beberapa negeri termasuk negeri Pantai Timur dan Barat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Majlis Daerah Gua Musang yang baharu di sini, hari ini.

Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan merasmikan pejabat bernilai RM8.4 juta itu.

Ahmad berkata kemajuan yang dapat dilihat di bandar itu sekarang membuktikan kerajaan komited dengan perancangan bagi membawa perubahan di jajahan tersebut.

Sumber: Bernama | 17 Ogos 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan