Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 18 Ogos 2017

Ambank Group baiki, bina rumah baharu mangsa banjir

KUALA KRAI: Kumpulan Ambank dengan kerjasama Yayasan Azman Hashim membina 20 rumah baharu dan membaiki 76 rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Era di sini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali berkata projek kemasyarakatan itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.25 juta. 

Beliau berkata kesemua rumah baharu yang siap dibina itu sudah diduduki oleh mangsa banjir dengan kediaman dilengkapi perabot dan peralatan elektrik. 

"Hari ini, kami menyerahkan tiga lagi rumah baharu dan menyiapkan proses membaiki 27 rumah yang rosak. Alhamdulillah kesemua projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada mangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Kunci Kediaman Fasa 2 kepada penduduk Kampung Pasir Era hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Kampung Pasir Era yang juga wakil Yayasan Azman Hashim, Dr Hishamuddin Harun dan Pengarah Kawasan Wilayah Pantai Timur Ambank Abdul Haizi Fadhil Abdul Hamid.

Syed Anuar berkata projek pembinaan rumah itu bermula pada 2015 selepas Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim melawat kawasan yang dilanda banjir khususnya di Kuala Krai pada 2014.

Ambank Group bersama Yayasan Azman Hashim akan meneruskan program kemasyarakatan dengan membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, katanya.

Sumber: Bernama | 18 Ogos 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan