Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Lapan projek PPR di Kelantan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama warga pondok selepas merasmikan Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat Parlimen Machang sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan di SMK Bandar Machang di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
MACHANG: Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menepati janji yang telah dibuat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PPR ini bukan sahaja dilaksanakan seperti yang dijanjikan malah ditambah kepada lapan projek keseluruhannya di negeri ini.

Menurutnya, lapan PPR berkenaan termasuklah di Ketereh, Pasir Mas dan beberapa kawasan lain.

“Sebelum ini, Perdana Menteri berjanji untuk membuat PPR di negeri ini dan hari ini, beliau sendiri telah datang untuk melancarkan PPR di Parlimen Machang ini. 

“Sebenarnya, beliau janji untuk melaksanakan PPR di dua, tiga kawasan sahaja tetapi telah meluluskan lapan PPR kesemuanya dengan peruntukkan berjumlah RM600 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di sini hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Sumber: Utusan Online | Nasional | 12 Ogos 2017

1 ulasan: