Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 20 Ogos 2017

Penternak disaran vaksin sendiri lembu

GUA MUSANG: Lebih 60,000 penternak lembu di seluruh Kelantan disarankan agar belajar menyuntik vaksin sendiri ternakan mereka bagi mencegah penyakit kuku dan mulut yang sering menyerang haiwan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata bilangan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan amat terhad untuk melaksanakan suntikan vaksin itu jika ia berlaku.

"Kita anggarkan terdapat lebih 112,000 lembu sedang diternak di negeri ini dan jika penyakit berkenaan merebak, kita tak mampu tanganinya dalam tempoh yang singkat," katanya selepas merasmikan Sidang Penternak di Pusat Perkhidmatan Veterinar Kecil di Chiku 3 di sini, hari ini.

Justeru, kerajaan negeri membuka peluang kepada penternak untuk belajar kaedah suntikan tersebut bagi mengelak mereka kerugian jika sebarang penyakit berkaitan haiwan berlaku.

Che Abdullah memuji golongan muda yang mengambil alih aktiviti penternakan daripada bapa mereka dan mengkomersialkannya ke tahap yang lebih baik.

Beliau menyarankan kepada generasi muda agar menceburi bidang ini kerana ia mampu memberi pendapatan lumayan.

Sumber: Bernama | 20 Ogos 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan