Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 1 Ogos 2017

PM rasmi pecah tanah ECRL 9 Ogos ini di Kuantan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bandar Baharu Kuantan, Pahang, pada 9 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Darwis Abdul Razak berkata acara itu akan berlangsung di tapak projek ECRL KotaSAS Central Station.

Acara itu akan disertai pegawai kanan kerajaan China dan pemegang kepentingan projek berkenaan.

"Perdana Menteri memberi perhatian berat dalam memastikan kejayaan projek ECRL. Untuk itu, kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada beliau untuk merasmikan projek infrastruktur pemangkin utama itu yang bakal menyaksikan laluan kereta api baharu dibangunkan bagi menghubungkan negeri-negeri pantai timur ke Lembah Klang Raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Projek ECRL yang berperanan sebagai pencetus perubahan dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi, dijangka meningkatkan pendapatan industri dan perniagaan di sepanjang laluan berkenaan, dengan ekonomi masyarakat tempatan diunjur membangunkan pada kadar minimum 1.5 peratus. Projek berimpak tinggi dalam Racangan Malaysia Ke-11 itu, melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688-kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion.

Darwis berkata, projek ERCL mendapat sambutan positif daripada penduduk tempatan di sepanjang pameran awam yang berlangsung selama tiga bulan di 15 daerah di Pahang, Terengganu dan Kelantan. ECRL juga akan mengurangkan pelepasan karbon.

MRL, jentera tujuan khas milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan pemilik projek ECRL, manakala China Communications Construction Company Ltd (CCCC), terlibat dalam aspek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan serta pengoperasian landasan baharu itu. 

Sumber: Bernama | 1 Ogos 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan