Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 13 Ogos 2017

Kerajaan jamin projek ECRL tidak beban rakyat

Mustapa (dua, kiri) bertemu ketua jabatan selepas mempengerusikan mesyuarat di JPP Kelantan, hari ini
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat memberi jaminan tambang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpatutan dan tidak membebankan rakyat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, melalui projek berkenaan juga kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat sebagaimana sebelum ini melalui bidang pendidikan dan kesihatan dengan kewujudan hospital dan sekolah bersubsidi.

"Kita mahu memastikan tambang ECRL tidak membebankan rakyat dan projek ini adalah satu kemudahan yang disediakan Kerajaan Pusat kepada rakyat sepertimana projek Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) sebelum ini.

"Insya-Allah projek itu akan bermula di tapak seluas 14 ekar berhampiran Jabatan Pendidikan Kelantan di Tunjong, akhir bulan ini

"Kita memperuntukkan lima bilion di Kelantan dan belanjakan 10 peratus dari kos pembinaannya yang menelan belanja kira-kira 55 bilion secara keseluruhannya yang menghubungkan kawasan Pantai Timur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan yang turut dihadiri Pengarah JPP Kelantan, Yahaya Mamat, di sini hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, pihaknya amat menghargai usaha kerajaan negeri yang turut memberi kerjasama berhubung soal pengambilalihan tanah untuk kelancaran projek pembinaan ECRL.

"Kelantan menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang memulakan proses pengambilalihan tanah bagi projek terbabit.

"Proses ambil alih kawasan itu melibatkan tanah seluas 1,100 ekar bagi pembinaan landasan sejauh 70 kilometer dan menghubungkan lima stesen di negeri ini, "katanya.

Sumber: Sinar Harian | Terkini | 13 Ogos 2017

1 ulasan:

  1. Mengapa kat kelantan x der laluan Spurline ECRL seperti Trgganu dan Pahang.
    Mungkin blh dibuat spurline ke pusat bandar @ ke airport sbg laluan komuter@shuttle

    BalasPadam