Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 12 Ogos 2017

PM rasmi bangunan tambahan Hospital Jeli

Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Hospital Jeli hari ini.
JELI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan bangunan tambahan Hospital Jeli, di sini yang bernilai RM57 juta untuk dimanfaatkan kira-kira 47,000 penduduk daerah ini.

Bangunan tambahan tersebut yang siap dibina pada 2016 mempunyai tambahan 56 katil menjadikan jumlah keseluruhan katil di Hospital Jeli kini adalah sebanyak 80 katil.

Selain jumlah katil, skop perkhidmatan yang dipertingkatkan ialah penambahan dua dewan bedah, Unit Pensterilan (CSSU), Unit Patologi dan Tabung Darah, Bilik Isolasi, Unit Rekod Perubatan dan pertambahan ruang letak kereta.

Menurut Perdana Menteri, projek bangunan tambahan itu menjadi bukti kecaknaan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat di mana sahaja mereka berada tanpa mengira sama ada sesebuah negeri itu ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) atau tidak. 

“Semoga dengan terbinanya blok bangunan tambahan Hospital Jeli ini, rakyat di sekitar Jeli akan dapat menikmati kemudahan rawatan yang lebih selesa dan berkualiti,” katanya ketika merasmikan bangunan tersebut di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher.

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 12 Ogos 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan