Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 28 Februari 2015

Menara Condong Teluk Intan diisytihar sebagai warisan kebangsaan

Menara Condong Teluk Intan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dataran Menara Condong di sini, hari ini.
TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan sebagai warisan kebangsaan.

Beliau berkata justeru itu, sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2015 ini, yang diadakan di Dataran Menara Condong di sini, amat istimewa dan mempunyai signifikan tersendiri kerana kerajaan memberi pengiktirafan kepada Menara Condong Teluk Intan sebagai warisan kebangsaan.

Muhyiddin berkata Menara Condong Teluk Intan, yang dibina pada 1885, memiliki keunikan yang amat ketara dengan konsep Pagoda yang menunjukkan pengaruh kekayaan budaya dan seni bina Cina seperti pada gerbang, bumbung genting dan hiasan jubinnya.

"Sejarah bangunan yang merupakan mercu tanda Bandar Teluk Intan ini unik kerana fokusnya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Ia dijadikan sebagai tangki air pada waktu kemarau dan juga mempunyai kemudahan memadam api.

"Jam yang terdapat pada menara ini juga merupakan lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana ianya merupakan hasil sumbangan derma daripada penduduk tempatan pada ketika itu," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2015 di sini malam ini.

Muhyiddin juga berkata Menara Condong ini juga menjadi satu daripada tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Perak seperti 'The Leaning Tower of Pisa' di Itali.

"Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Warisan Negara iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan juga kepada Kerajaan Negeri Perak khususnya Majlis Perbandaran Teluk Intan yang telah berjaya mendapatkan pengiktirafan Menara Condong Teluk Intan yang penuh sejarah ini, sebagai warisan kebangsaan," katanya.

Justeru, beliau berkata kerajaan juga dalam proses mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa bagi menjadikan Menara Condong Teluk Intan sebagai satu daripada warisan Dunia UNESCO.

"Sesungguhnya, usaha mengekalkan dan memelihara warisan dan budaya merupakan tanggungjawab kita bersama.

"Diharap ia juga akan dapat mempromosi Teluk Intan sebagai pusat tarikan pelancong dalam dan luar negara di masa akan datang," katanya.

Sumber: BERNAMA | 28 Februari 2015

Thailand invests US$337 million to promote halal products

BANGKOK: Thailand's government will invest about 10.93 billion baht (US$337.70 million) to promote halal products and become one of the top five halal food and product exporters in the world by 2020, Thai News Agency (TNA) reports.

Arthit Wuthikoro, director-general of Industry Ministry's Department of Industrial Promotion, said the decision was reached at a committee meeting held here Friday chaired by Deputy Prime Minister Mom Luang Pridiyathorn Devakula.

The government will promote and develop halal cosmetics, pharmaceutical and herbal products to meet international standards.

Arthit said development of halal food products will be divided into several strategies involving 77 projects.

The strategies range from boosting goods production and services and developing marketing standards to conducting research on halal food.

Thailand is the world's 13th largest halal food exporter.

Source: BERNAMA | 28 February 2015

Mustapa rai Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada majlis makan malam di Hotel Renaissance Kota Bharu

KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed malam ini meraikan menteri-menteri ekonomi ASEAN yang menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-21 pada majlis makan malam di sini.

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan berangkat menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung di Hotel Renaissance Kota Bharu.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan wakil-wakil dari Dewan Undangan Negeri, persatuan perniagaan dan organisasi bukan kerajaan.

Majlis makan malam itu juga diserikan dengan persembahan kebudayaan berwarna-warni oleh murid-murid sekolah rendah.

Mustapa, yang dalam ucapannya turut memberi penerangan ringkas mengenai ekonomi dan juga tempat-tempat menarik negeri itu, juga memuji Myanmar yang telah menjadi pengerusi ASEAN tahun lepas.

Menteri-menteri ekonomi ASEAN berkumpul di sini mulai hari ini sehingga 1 Mac bagi menghadiri mesyuarat penting untuk memajukan rancangan bagi penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Pemukiman itu yang dipengerusikan oleh Mustapa, adalah antara pelbagai mesyuarat ASEAN yang diadakan sempena Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2015.

Sumber: BERNAMA | 28 Februari 2015

Najib umum tujuh inisiatif dan projek teruskan momentum pembangunan Labuan


LABUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh inisiatif dan projek bagi meneruskan momentum pembangunan pulau bebas cukai ini yang berkembang pesat demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduknya.

Inisiatif dan projek berkenaan termasuk meneruskan pemberian subsidi untuk feri penumpang Labuan bernilai RM15 juta setahun dan membangunkan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk menempatkan semua agensi kerajaan Persekutuan di bawah satu bumbung bagi menyediakan perkhidmatan lebih cekap kepada rakyat.

Selain itu, peruntukan RM1.5 juta untuk mewujudkan kemudahan eskalator di Kompleks Pasar Sentral Labuan; RM20 juta untuk menaik taraf kemudahan di jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan; pembinaan beberapa batang jalan raya yang perinciannya akan diumumkan kemudian dan penurunan secara ketara duti setem untuk penukaran status tanah pertanian kepada perumahan.

Turut diumumkan ialah projek-projek di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) berjumlah RM77.5 juta.

Projek berkenaan adalah pembinaan surau baharu di Kampung Sungai Bedaun bernilai RM7 juta, RM5 juta bagi pembinaan surau pusat bandar, RM60 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama dan asrama di Kampung Sungai Bedaun serta RM2 juta untuk kerja baik pulih Masjid An Nur.

Najib mengumumkan inisiatif dan projek itu ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks Pasar Sentral Labuan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Anggota Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli.

"Saya senang melihat pembangunan Pulau Labuan sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan. Dahulu kita lihat Labuan sebagai satu pulau yang agak lembab dan barangkali wajahnya tidak begitu segar tetapi hari ini jelas sekali bahawa hasil daripada perancangan dan strategi pembangunan yang dilaksanakan kerajaan maka Wilayah Persekutuan Labuan sudahpun bertukar wajah menjadi pulau yang lebih moden, progresif dan rancak pembangunan ekonominya.

"Namun tugas kita belum berakhir ... kita perlu jadikan Wilayah Persekutuan Labuan ini bukan sahaja manfaatnya dalam konteks domestik tetapi memaparkan Labuan sebagai pulau bertaraf antarabangsa. Usaha kita perlu dilipatgandakan," katanya.

Katanya usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan Labuan meskipun ia kini sudah terkenal sebagai pusat industri gas dan minyak dan Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa (IOFC) selain beberapa potensi pelancongan yang sudah dikenal pasti serta memiliki sebahagian daripada kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pusat matrikulasi.

Justeru itu, kata Najib dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bermula 2016, usaha serius perlu dilakukan untuk mengenal pasti apa lagi projek yang diperlukan bagi meneruskan pembangunan Labuan dalam pelbagai sektor ekonomi.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata projek dan inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan di Labuan akan mendahulukan kepentingan rakyat demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduk pulau berkenaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan penubuhan Yayasan Pendidikan Labuan serta mengumumkan bantuan RM2 juta untuk yayasan berkenaan meningkatkan taraf pendidikan dan membina modal insan.

"Saya dapat lihat kalau kita hendak jamin rakyat mengecapi pembaharuan dan transformasi ... mesti labur dalam pembangunan modal insan. Kalau tidak, nanti orang tempatan akan merasai diri mereka terpinggir daripada arus pembangunan," katanya.

Katanya sekiranya anak-anak tempatan Labuan berjaya dalam pendidikan dan memiliki kemahiran tinggi sudah tentu mereka akan turut mengecapi nikmat daripada apa juga bentuk aktiviti ekonomi dan pelbagai sektor lain yang diwujudkan di pulau berkenaan.

Najib juga mengumumkan untuk sekali lagi melawat Labuan sebelum akhir tahun ini.

Sumber: BERNAMA | 28 Februari 2015

Zon waktu tunggal ASEAN akan pertingkat semangat kekitaan, kata Munir

KOTA BHARU: Zon waktu tunggal ASEAN bukan sahaja membolehkan integrasi perniagaan dalam rantau tetapi juga merangsang aliran masuk perdagangan dan meningkatkan semangat kekitaan, kata Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.

Beliau berkata zon waktu tunggal akan memanfaatkan komuniti pelaburan kerana ia memastikan segala urus niaga dapat dilaksana pada masa sama.

"Apabila orang berdagang dengan kita dalam satu zon masa, mereka akan mengiktiraf kita sebagai satu. Ini faktor psikologi yang membina kesatuan bahawa kita bekerjasama dengan sangat rapat," katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Ekonomi Kanan, di sini hari ini.

Malaysia mengemukakan kembali cadangan agar ASEAN mempunyai satu zon waktu. Cadangan bagi zon masa tunggal bagi perkumpulan 10 negara itu dikemukakan kembali untuk pertimbangan kerajaan-kerajaan ASEAN selepas pertama kali dicadangkan pada 1995 dan dibincang semula pada 2004.

Sementara itu, Munir berkata pemansuhan halangan perdagangan bukan satu-satunya sebab yang membawa kepada pertumbuhan perdagangan intra ASEAN, tetapi turut bergantung kepada persekitaran ekonomi serantau yang kukuh dan keteguhan permintaan terhadap barangan.

"Hala tuju perniagaan saya bergantung kepada peluang yang saya nampak sebagai ahli perniagaan. Jika ada peluang di ASEAN, saya akan rebut peluang itu," katanya.

Munir berkata wujud keperluan untuk menyelesaikan pertelingkahan bagi memperkukuh kerjasama organisasi antara kerajaan ini.

"Di ASEAN, orang boleh terlepas apabila melanggar perjanjian yang ditandatanganinya. Ini tidak bagus. Kita harus mengubah perkara ini iaitu jika anda meterai perjanjian, anda harus patuh pada perjanjian itu," hujahnya.

Munir yang juga Pengerusi Institut Penyelidikan CIMB ASEAN, turut menolak akan keperluan mewujudkan satu sistem mata wang bagi rantau ini.

"ASEAN merupakan organisasi antara kerajaan, mana-mana kedaulatan tidak diserahkan kepada satu kuasa pusat.

"Pengalaman Eropah melaksanakan satu mata wang tanpa satu kerajaan pun yang mempunyai dasar ekonomi dan kewangan yang sama, menunjukkan ia tidak mapan," katanya.

Sumber: BERNAMA | 28 Februari 2015

Agihan wang ihsan banjir di Kelantan dijangka selesai pertengahan Mac

KUALA KRAI: Pengagihan wang ihsan kepada semua 77,000 keluarga mangsa banjir di Kelantan dijangka selesai pertengahan bulan depan, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 10,000 keluarga di Parlimen Jeli dan Tanah Merah sudah menerima wang ihsan RM500 bagi setiap keluarga.

"Pengagihan dibuat mengikut kawasan parlimen dan kita berharap mereka (mangsa) yang belum mendapatnya bersabar kerana kita sedang mengagihkan bantuan itu secepat mungkin," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Pasca Banjir di Dataran Chintawangsa di sini, Sabtu.

Program dirasmikan Pengarah Unit Strategi Nasional Perbendaharaan, Datuk Dr Sundaran Annamalai itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Makhtar berkata keluarga mangsa banjir yang nama tidak disenaraikan sebagai penerima bantuan wang ihsan boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Banjir Negeri Kelantan.

Mengenai pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang kehilangan rumah akibat bencana itu, Makhtar berkata 1,827 rumah disahkan musnah sepenuhnya dan kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri telah memulakan pembinaan rumah tersebut.

Beliau berkata setakat ini 77 rumah kekal sedang dibina dan mangsa berkenaan kini mendiami rumah sementara atau khemah.

Katanya, kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 24 hektar di Chenulang, Kuala Krai untuk pembinaan 480 rumah kekal kepada mangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri untuk didirikan rumah kerana mereka sebelum ini tinggal di tanah rizab kerajaan atau milik Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Beliau berkata kawasan penempatan baharu itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pusat komuniti dan premis perniagaan.

Sumber: BERNAMA | 28 Februari 2015

Jumaat, 27 Februari 2015

Bantah penutupan Hentian Bas Greenwood berkuat kuasa 8 Mac 2015

Operasi mengambil dan menurunkan penumpang masih berjalan seperti biasa di hentian sementara di Greenwood, Gombak, Selangor sebelum penutupan operasi pada 8 Mac ini. 
KUALA LUMPUR: Selepas operasi bas ekspres di Hentian Putra ditamat dan diarahkan berpindah ke Termi­nal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan pada 1 Di­sember tahun lalu, kini nasib sama menimpa pengendali bas ekspres di hentian sementara di Greenwood, Gombak.

Pengarah Urusan Darul Naim Express Sdn. Bhd., Abdul Halim Mohamed berkata, arahan penutupan operasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa pada 8 Mac ini benar-benar menyusahkan orang ra­mai terutama pengguna yang tinggal di kawasan berhampiran.

Menurutnya, kawasan itu telah dijadikan hentian sementara bagi mengambil dan menurunkan penumpang yang mahu ke Pantai Timur sejak 20 tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu segala-galanya berjalan lancar dan tiada sebarang rungutan atau aduan diterima pengguna apatah lagi penduduk berhubung kesesakan atau gangguan lalu lintas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia se­lepas mengetuai kempen mengumpul tandatangan orang ramai sebagai sokongan bantahan di hentian sementara itu, hari ini.

Dalam masa sama, Abdul Halim turut mempersoalkan tindakan SPAD yang disifatkan pilih kasih. “Mengapa SPAD hanya mengambil tindakan terhadap operasi bas ekspres ke Pantai Timur sahaja, sebaliknya tidak kepada pengendali bas ekspres ke Selatan.

“Jelas sekali pengendali mengambil dan menurunkan penumpang di tengah-tengah bandar raya yang sudah tentu menimbulkan kesesakan lalu lintas.

“Sebagai contoh berhampiran pusat beli-belah Berjaya Times Square, Hotel Corus, One Utama, Bangsar dan di Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB),” katanya.

Beliau berkata, kempen mengumpul tandatangan itu akan diadakan selama dua hari bermula hari ini. “Sebanyak 800 tandatangan berjaya dikumpulkan pada hari ini.

“Memorandum yang mengandungi tandatangan pengguna dan pengendali bas ekspres itu akan dihantar kepada pihak SPAD bagi mendesak agar arahan berpindah pada Mac ini dibatalkan,” katanya.

“Kami berharap pihak bertang­gungjawab mendengar suara rak­yat yang menjadi pengguna perkhidmatan ini sekali gus mengutamakan kehendak pengguna demi kemudahan dan kebaikan ber­sama,” katanya.

Sementara itu seorang pengguna, Roslilah Hassan, 48,berkata, dakwaan SPAD yang kononnya operasi bas ekspres ke Pantai Timur menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan itu adalah tidak benar.

“Operasi menurun dan me­ngambil penumpang hanya dila­kukan selepas pukul 10 pagi dan 10 malam. “Saya berharap pihak SPAD dapat mempertimbangkan semula arahan yang dibuat demi rakyat,” katanya.

Perasaan sama turut diluah Mac Lim Ann Liang, 48,. Katanya, penutupan operasi di hentian sementara itu lebih men­da­tangkan kesulitan berban­ding kemudahan kepada pengguna.

“Adalah menyusahkan teruta­ma penduduk sekitar Gombak yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur untuk ke TBS,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | 23 Februari 2015

Para pegawai yakin draf pasca-2015 ASEAN selesai pertengahan tahun ini

KOTA BHARU: Para pegawai kanan ASEAN melahirkan keyakinan draf Pelan dan Visi Ekonomi Pasca-2015 akan selesai pada pertengahan tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohd Rizal Sheriff berkata draf itu akan menghasilkan pelan baharu dan berani untuk menggerakkan hala tuju bagi penyepaduan serantau yang lebih kukuh untuk tempoh 2016 - 2025.

Bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Ke-8 Pasukan Petugas Khas Peringkat Tinggi mengenai Penyepaduan Ekonomi ASEAN di sini, Jumaat, beliau berkata perbincangan tentang persediaan draf itu sedang berjalan lancar dan mendapat komitmen tinggi daripada 10 negara anggota.

"Mesyuarat tersebut telah berlangsung selama hampir setahun sekarang dan kami amat yakin tentang 10 tahun akan datang.

"Kami berharap dokumen draf akhir akan dapat disediakan bagi penelitian dalaman sebelum ia diumumkan oleh para pemimpin pada November," katanya.

Mohd Rizal, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata walaupun dokumen draf itu hampir siap, ia akan diteliti secara menyeluruh oleh pelbagai kumpulan sektor, sebagai contoh, penerbangan dan pengangkutan.

"Cabaran kami semasa mesyuarat itu ialah berkaitan jumlah pelan yang kami ada. Kami melihat pendekatan berasaskan sepersetujuan dalam kalangan 10 negara anggota," katanya.

Mesyuarat pasukan petugas khas peringkat tinggi selama tiga hari ini diadakan di sini bermula hari ini bersempena dengan Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21.

Negara anggota ASEAN terdiri dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN dari Myanmar pada 1 Jan, 2015.

Sumber: BERNAMA | 27 Februari 2015

Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN akan tumpu peringkat akhir pelaksanaan AEC

KOTA BHARU: Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21 selama dua hari yang bermula esok, menjadi platform rundingan yang antara lainnya membincangkan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) serta usaha memperluaskan penyepaduan pasaran dalam gagasan itu bagi tempoh melangkaui 2015.

Gagasan ASEAN atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Justeru, penganjuran pemukiman itu dilihat amat tepat pada masanya serta penting ketika perkumpulan atau gagasan serantau 10 anggota itu yang tanpa mengira penat lelah, berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan AEC - teras utama bagi kewujudan Komuniti ASEAN.

Para menteri itu juga dijangka mempertimbang dan mengemukakan panduan mengenai usaha merangka Pelan dan Visi Ekonomi Pasca 2015 untuk ASEAN.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengetuai delegasi Malaysia di acara pemukiman yang diadakan di Hotel Renaissance, di sini.

AEC yang dijadual dilaksanakan menjelang 31 Dis, 2015, bermatlamatkan pembentukan satu pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran di rantau ini bagi memacu pertumbuhan dan kemakmuran ASEAN.

Pemukiman tahunan itu bersandarkan objektif bagi membolehkan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menilai serta memperincikan pencapaian keseluruhan penyepaduan serantau selain mempertimbang dan membincangkan kemungkinan inisiatif-inisiatif baharu.

Namun, pemukiman tahun ini dilihat sebagai kritikal kerana para menteri-menteri ekonomi ASEAN akan memberi tumpuan memastikan kesemua langkah teras penyepaduan ekonomi yang digariskan dalam Pelan Induk AEC, dapat direalisasikan.

Inilah antara tugas penting digalas kalangan menteri berkenaan ketika berdepan jangkaan pihak berkepentingan bahawa ASEAN akan mengeluarkan pelan baharu serta berani pada akhir tahun ini yang menetapkan hala tuju penyepaduan serantau yang lebih mendalam bagi dekad akan datang.

Saranan sektor swasta dan kebimbangan berhubung pertambahan sekatan bukan tarif dalam perdagangan di rantau itu, turut menjadi antara agenda utama yang bakal dibincangkan barisan menteri berkenaan.

Esok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, dijadual membuat pembentangan bagi menggalakkan lagi pelaburan merentasi sempadan di ASEAN, manakala Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN pula akan memberi taklimat kepada delegasi menteri mengenai maklum balas sektor swasta terhadap AEC.

Acara pemukiman itu akan diteruskan dengan Mesyuarat Mesyuarat Kelapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Kumpulan Kerja Penyepaduan Ekonomi ASEAN mengenai Visi Ekonomi Pasca 2015 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi.

Selaku pengerusi dan hos, Mustapa akan memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih sokongan negara anggota lain ASEAN bagi acara sampingan di Malaysia termasuk Persidangan Pemulihan Kawal Selia Asia Tenggara (9-12 Mac, 2015); Persidangan dan Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN 2015 (26-28 Mei 2015); Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (November 2015) dan sidang kemuncak berkaitan belia dan usahawan muda.

Semua menteri ekonomi ASEAN menghadiri pemukiman berkenaan iaitu Pehin Dato Lim Jock Seng (Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan Brunei Darussalam); Sun Chantol (Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Kemboja); Rachmat Gobel (Menteri Perdagangan Indonesia); Khemmani Pholsena (Menteri Perindustrian dan Perdagangan Laos); Dr Kan Zaw (Menteri Perancangan Kebangsaan dan Pembangunan Ekonomi Myanmar); Gregory L Domingo (Setiausaha Perdagangan dan Perindustrian Filipina); Lim Hng Kiang (Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura); Jeneral Chatchai Sarikalya (Menteri Perdagangan Thailand) dan Dr Vu Huy Hoang (Menteri Perdagangan dan Perindustrian Vietnam).

Hadir sama, Setiausaha Agung ASEAN Le Luong Minh.

Menteri-menteri berkenaan turut dijadualkan melawat Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan serta Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang bagi melihat sendiri prosedur di sempadan yang merangkumi aspek pergerakan barangan, kenderaan dan orang ramai merentasi sempadan serta isu lain yang berkaitan.

Secara keseluruhannya, ada seramai 200 delegasi daripada 10 negara anggota Asia Tenggara yang mewakili gabungan penduduk lebih 600 juta orang, dijangka menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dan mesyuarat persediaan lainnya, bermula 28 Feb hingga 1 Mac ini.

Visi atau wawasan Malaysia sepanjang tempoh menduduki kerusi pengerusi yang bertemakan 'Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita,' adalah pembentukan ASEAN yang berpaksikan rakyat dan merangkumi semua sektor masyarakat dalam aktiviti gagasan berkenaan.

Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada 1 Jan lepas, daripada Myanmar.

Sumber: BERNAMA | 27 Februari 2015

Imigresen Kelantan tahan 314 PATI sejak awal Januari

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 314 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam beberapa operasi yang dijalankan di seluruh Kelantan sejak awal bulan lepas.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Hamid Abdul Rahman berkata mereka yang ditahan berumur antara 17 dan 50 tahun termasuk warga Myanmar dan Indonesia.

"Warga asing yang ditahan kebanyakannya melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai pas masuk yang sah dan juga tinggal lebih masa.

"Ada juga yang menyalahgunakan pas kerja sementara dengan bekerja di sektor lain, contohnya mereka mendapat pas untuk bekerja dalam sektor pertanian tetapi bekerja di sektor lain," katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata operasi untuk membanteras lambakan warga asing di negeri ini akan dijalankan dari masa ke semasa.

Dalam perkembangan terbaru, beliau berkata pihaknya menahan 19 warga asing dalam operasi bersama Jabatan Pendaftaran Kelantan di Pasir Puteh, Bachok dan di sini, hari ini.

"Dalam operasi yang bermula pukul 9 malam semalam dan berakhir 4 pagi tadi, kita tahan 19 lelaki warga Pakistan berumur 22 dan 55 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tinggal lebih masa.

"Pihak kami akan mencari majikan yang membawa masuk warga asing ini ke dalam negara untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya kesemua PATI yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Sumber: BERNAMA | 26 Februari 2015

Kelantan terima pelaburan kilang simen bernilai RM1.3 bilion

Foto ihsan: Facebook Datuk Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan)
GUA MUSANG: Kelantan menerima pelaburan bernilai RM1.3 bilion menerusi pembinaan sebuah kilang simen di Chiku 8, di sini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pelaburan syarikat ASN Sdn Bhd itu dijangka memberi manfaat besar kepada ekonomi masyarakat setempat.

Kilang yang akan dibangun di atas tanah berkeluasan 100 hektar itu dijangka menggaji 1,000 pekerja apabila siap dalam tempoh dua tahun lagi, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah kilang berkenaan, hari ini.

Katanya pembinaan kilang itu juga dijangka menjana pertumbuhan di kawasan berkenaan.

Sumber: BERNAMA | 25 Februari 2015

Fenomena ombak beku melanda pantai timur Amerika

Ombak pun turut beku di pantai timur Amerika Syarikat Rabu lalu. Menurut nelayan tempatan inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena sedemikian rupa.
NANTUCKET (AS): Ini bukan alunan ombak rindu tetapi ombak beku. Fenomena yang jarang-jarang dilihat ini telah dirakamkan oleh seorang peluncur, Jonathan Nimerfroh di pantai Nantucket, Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk melanda pantai timur Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini.

Bagaimanapun, di daerah ini, suhu menjadi tersangat sejuk sehingga ombak pun telah mula membeku.

Ia adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku tetapi ombak beku yang digelar 'slurpee waves' ini telah berjaya dirakamkan oleh Nimerfroh.

Nimerfroh yang ke pantai untuk bermain luncur ombak sebaliknya dia melihat di ufuk pantai fenomena pelik iaitu ombak yang membeku.

Nimerfroh kemudiannya memuatnaik gambar yang diambilnya itu dalam laman Instagramnya pada Rabu.

Pada keesokan harinya, dia sekali lagi ke pantai yang sama dan mendapati ombak yang membeku itu masih berada di situ.

Dia kemudiannya bertanya kepada para nelayan tempatan dan mereka berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena ombak beku.

Sumber: mStar Online | 27 Februari 2015

Rabu, 25 Februari 2015

Mustapa: Kelantan to host crucial ASEAN economic meeting

KOTA BHARU: Kelantan will host the 21st Asean Economic Minister's Retreat at the end of the month to discuss crucial matters on the establishment of the ASEAN Economic Community (AEC).

The meeting, from Feb 28 to Mar 1, is one of several held in conjunction with Malaysia's chairmanship of ASEAN 2015. It will be chaired by International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamad (pic).

Mustapa said the meeting will enable ASEAN economic ministers to assess and take stock of overall achievements in regional integration and discuss new initiatives.

"This Retreat is critical in that the economic ministers will focus on ensuring that all core economic integration measures as stipulated in the AEC blueprint substantially are realised.

"This AEC is set to come into effect on Dec 31 this year and is aimed at creating a single market and production base in the region to further bolster ASEAN's progress and prosperity," he told reporters here.

Mustapa said the ministers are also expected to provide guidance on the draft of the Post-2015 Economic Vision and Plan for ASEAN.

He said the suggestion by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on a single ASEAN time zone will also be discussed at the meeting.

Mustapa said the meeting would be held in cooperation with the Kelantan Government.

He said the ministers and their entourage will visit that ICQS complex in Rantau Panjang and be briefed on the importance of the three border checkpoints in Bukit Bunga, Jeli and Pengkalan Kubor, Tumpat, as a gateway for trade ties between Malaysia and Thailand.
 
Source: The Star Online | 25 February 2015

ASEAN Economic Ministers' Retreat in Kota Bharu to discuss trade facilitation: Mustapa

KOTA BHARU: The 21st ASEAN Economic Ministers' Retreat this weekend will discuss ways to facilitate trade among the region's member nations, said International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"We want to discuss trade barriers, how to facilitate two-way trade besides the benefits to be gained.

"With different standards, for example, if we want to send the same good through different ports in ASEAN countries, it has to undergo quite stringent procedures and tests," he said at a press conference to announce the programme for the retreat to be held here on Feb 27 to March 1.

Mustapa said Kota Bharu was chosen as the venue for the retreat to enable Kelantan to be promoted as a progressive trade, investment and tourism destination.

"Through the programme, Kelantan will be better known and this will bring a positive impact to the state in terms of tourism, trade and investment, while opening a wider market in ASEAN countries to entrepreneurs," he said.

He said in conjunction with the retreat, there will be an exhibition on products by the state's small and medium enterprises and a seminar related to ASEAN, while the ministers will be visiting Rantau Panjang on the Kelantan-Thailand border to see the town's trade and tourism potential.

Mustapa said the retreat will be attended by some 200 delegates and covered by over 170 local and foreign media personnel.

Source: BERNAMA | 24 February 2015

Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Kota Bharu bincang mudahkan lagi perdagangan - Mustapa

KOTA BHARU: Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-21 pada hujung minggu ini, akan membincangkan kaedah untuk memudahkan lagi perdagangan antara negara-negara ASEAN.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata program tersebut yang menjadi tempat percambahan minda menteri-menteri ekonomi ASEAN, akan mencari jalan untuk mengurangkan karenah prosedur perdagangan supaya ia lancar dan menjimatkan masa.

"Kita hendak bincang halangan-halangan perdagangan, bagaimana hendak permudahkan lagi perdagangan dua hala selain membincangkan faedah yang bakal diperoleh.

"Contohnya standard yang berlainan. Kalau kita hendak hantar barang yang sama ke pelabuhan berbeza di negara-negara ASEAN, ia perlu melalui beberapa prosedur dan ujian yang cukup ketat," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Program pemukiman tersebut akan berlangsung dari 27 Feb hingga 1 Mac ini di sini.

Mustapa juga berkata pemilihan Kota Bharu sebagai lokasi penganjuran program itu untuk mempromosikan Kelantan sebagai destinasi perdagangan, pelaburan dan pelancongan yang berdaya maju.

Katanya rakyat di negeri ini juga akan dapat mengenali negara-negara ASEAN dengan lebih dekat melalui konsep 'merakyatkan, memasyarakatkan ASEAN'.

"Dengan adanya program ini, Kelantan akan lebih dikenali. Ini akan membawa kesan yang baik kepada negeri dari segi pelancongan, perdagangan dan pelaburan.

"Golongan usahawan juga dapat mencari pasaran yang lebih luas di negara-negara ASEAN," katanya.

Katanya sempena program itu, pameran produk industri kecil dan sederhana (IKS) Kelantan dan seminar berkaitan ASEAN akan turut diadakan.

Beliau berkata menteri-menteri ekonomi ASEAN juga akan dibawa melawat Rantau Panjang di sempadan Kelantan-Thailand untuk melihat potensi bandar di sempadan itu dalam sektor perdagangan dan pelancongan.

Mustapa berkata program pemukiman itu akan dihadiri lebih 200 orang delegasi yang akan bermula dengan mesyuarat peringkat pegawai kanan pada Jumaat dan Sabtu ini, diikuti mesyuarat peringkat menteri pada sebelah malamnya dan Ahad.

Beliau juga berkata program tersebut akan mendapat liputan meluas daripada lebih 170 petugas media dari dalam dan luar negara.

Sumber: BERNAMA | 24 Februari 2015

Selasa, 24 Februari 2015

Dua intipati dibincangkan dalam pertemuan di antara PM dengan MB Kelantan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam adalah bagi membincangkan dua intipati utama demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata dua intipati itu adalah berkaitan persiapan akhir migrasi air dan jajaran "Central Spine Road" sepanjang 417 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ke Simpang Pelangai, Pahang.

Berkenaan persiapan akhir migrasi air, majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dijangka diadakan pada bulan depan, katanya.

Pada 2012, kerajaan Kelantan bersetuju melaksanakan migrasi air di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi memudahkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu mendapatkan kemudahan pinjaman atau projek yang berkaitan daripada kerajaan pusat.

"Kami turut membincangkan tentang Jajaran "Central Spine Road" sepanjang 417 km bermula dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ke Simpang Pelangai di sempadan Pahang," kata Ahmad.

Projek membina dan menaik taraf Jalan Persekutuan Central Spine bagi laluan Kuala Krai-Gua Musang-Lipis-Raub-Bentong-Simpang Pelangi telah diluluskan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Skop projek itu adalah membina jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang sepanjang 390km.

Ahmad berkata kunjungan hormat tersebut merupakan tanggungjawab beliau sebagaimana termaktub dalam jadual tahunan bagi menyatakan beberapa tuntutan serta memenuhi keperluan kesejahteraan negeri Kelantan.

Semalam, Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

Perdana Menteri turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

Sumber: BERNAMA | 24 Februari 2015

Isnin, 23 Februari 2015

Najib, MB Kelantan bertemu di Putrajaya

Najib berjabat tangan dengan Ahmad Yaakob ketika pertemuan di Putrajaya, petang Isnin. Foto: FB Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya pada Isnin.

Perdana menteri dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

"Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara," katanya. 

Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

Sumber: mStar Online | 23 Februari 2015

Utamakan aspek keselamatan ketika di pantai - bomba

BACHOK: Pengunjung dinasihati supaya senantiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti air di Pantai Irama di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata pada tahun ini sahaja, empat kes mati lemas di pantai berkenaan dilaporkan berlaku.

"Kawasan ini ialah kawasan pelancongan bagi masyarakat di Kelantan dan pengunjung perlu peka dengan aspek keselamatan kerana ia bukan kawasan yang selamat untuk mandi.

"Pengunjung juga perlu mendengar arahan pihak berkuasa dan ibu bapa perlu membuat pengawasan (jika ada anak-anak yang mandi) kerana ia boleh mengundang kepada kejadian mati lemas," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika meninjau operasi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus pada Khamis lepas.

Beliau berkata masyarakat di sekitar kawasan itu juga perlu memainkan peranan dengan sentiasa memberi nasihat kepada pengunjung yang datang ke pantai berkenaan.

"Orang ramai juga diminta tidak mengambil tindakan sendiri jika melihat sesiapa dalam kesukaran ketika mandi pantai, sebaliknya meminta bantuan agensi berkaitan.

"Ini kerana tanpa (kemahiran) dan peralatan yang lengkap hanya akan mendatangkan musibah kepada diri sendiri, " katanya.

Mengulas operasi mencari yang masuk hari kelima hari ini, Azmi berkata pihaknya akan memperluaskan gerakan sehingga ke Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Sabak di Kota Baharu.

Dalam kejadian 9 pagi itu, Mohd Firdaus Mat Adam, 24, dan adiknya, Mohd Faiz, 19, dilaporkan hilang dibawa arus manakala rakan mereka Raja Amir Hamzah, 11, berjaya diselamatkan orang ramai.

Mayat Mohd Faiz ditemukan kira-kira 10 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira dua jam kemudian.

Sumber: BERNAMA | 23 Februari 2015

Ahad, 22 Februari 2015

2,600 rumah untuk mangsa banjir di Kelantan siap sebelum Ramadan

MACHANG: Sebanyak 2,600 keluarga yang kehilangan kediaman akibat banjir pada Disember lepas, akan menduduki rumah baharu yang dibina oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan sebelum Ramadan ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 rumah akan dibina oleh kerajaan Persekutuan dan bakinya akan dibina oleh kerajaan Kelantan.

"Kita akan bina (rumah) tanpa mengira fahaman politik dan agama, semua rakyat Kelantan yang terlibat dengan bencana itu akan memiliki rumah secara percuma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan kunci rumah kekal mangsa banjir di Desa Rahmat di sini, Jumaat.

Seramai 10 mangsa banjir yang kehilangan rumah di Temangan masing-masing menerima kunci rumah mereka hari ini, yang membabitkan peruntukan pembinaan sebanyak RM400,000.

Ahmad yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan memberi keutamaan supaya mangsa banjir yang kehilangan rumah, dapat menduduki rumah baharu dengan seberapa segera.

Selain itu, katanya mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang bercadang menyumbang bantuan pembinaan rumah mestilah mengikut standard rumah seperti tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.

"Saya tidak mahu terjadi seperti NGO yang membina rumah di Pasir Tumboh (Gua Musang) tapi mempunyai dua bilik tidur dan ia tidak diterima oleh mangsa banjir menyebabkan ia terbengkalai," katanya.

Sumber: BERNAMA | 20 Februari 2015

Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-21, Kota Bharu, Kelantan, 28 Feb - 1 Mac 2015

KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Ekonomi negara-negara anggota ASEAN akan bermesyuarat di Kota Bharu, Kelantan dari 28 Februari hingga 1 Mac untuk merancang usaha-usaha ke arah penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community - AEC).

Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21 itu, salah satu daripada mesyuarat-mesyuarat ASEAN dianjurkan bersempena kepimpinan ASEAN oleh Malaysia pada 2015, akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ini merupakan acara tahunan diadakan bertujuan membolehkan menteri-menteri ASEAN itu menilai dan meneliti pencapaian keseluruhan proses integrasi serantau itu selain mempertimbang dan membincangkan inisiatif-inisiatif baru.

Mesyuarat kali ini sangat penting memandangkan menteri-menteri akan memberi tumpuan kepada memastikan semua langkah yang telah ditetapkan dalam Pelan Tindakan AEC tercapai.

AEC akan direalisasikan menjelang 31 Disember 2015. Ia disasarkan untuk mewujudkan sebuah pasaran tunggal dan sebagai pusat pengeluaran rantau ini bertujuan mengukuhkan lagi kemajuan dan kemakmuran ASEAN.

Saranan-saranan daripada sektor swasta dan kebimbangan berhubung persepi wujudnya peningkatan halangan-halangan bukan tarif (non-tariff barriers) terhadap perdagangan di rantau ini akan menjadi salah satu agenda utama di dalam perbincangan mereka.

Menteri-menteri ASEAN itu dijangka mempertimbang dan memberikan panduan berhubung kerja-kerja merangka Visi dan Pelan Ekonomi Pasca-2015 ASEAN.

Ini merupakan satu lagi hasil utama (deliverable) bagi menteri-menteri berkenaan di mana semua pihak berkepentingan mempunyai harapan tinggi bahawa ASEAN akan menghasilkan satu pelan baru dan berani pada penghujung tahun ini untuk menetapkan hala tuju integrasi serantau yang lebih mendalam pada dekad mendatang.

Pemukiman menteri-menteri ekonomi ASEAN ini akan didahului oleh Mesyuarat Kali ke-8 Kumpulan Kerja Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN berhubung Visi Ekonomi Pasca-2015 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi.

Sebagai Pengerusi dan tuan rumah, Mustapa akan mengambil peluang sempena pemukiman ini untuk mendapatkan sokongan negara-negara anggota ASEAN bagi beberapa acara sampingan yang bakal diadakan di Malaysia.

Ini termasuklah:

a) Persidangan Pembaharuan Peraturan Asia Tenggara (Southeast Asia Regulatory Reform Conference), 9-12 Mac 2015;

b) Pameran dan Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN 2015 (ASEAN SME Showcase and Conference), 26-28 Mac 2015;

c) Persidangan Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ASEAN Business and Investment Summit), November 2015; dan

d) Beberapa sidang kemuncak berkaitan belia dan usahawan muda ASEAN (Several ASEAN Youth and Young Entrepreneurs related summits).

Program penuh aktiviti pemukiman ini boleh diperoleh melalui http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/7722(B).pdf.

Sumber: BERNAMA | 18 Februari 2015

Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Kota Bharu tumpu pelaksanaan pelan tindakan AEC

KOTA BHARU: Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21 mulai 28 Februari hingga 1 Mac ini akan memberi tumpuan kepada memastikan semua langkah yang ditetapkan di dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) tercapai.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dalam satu kenyataan. menyatakan AEC akan direalisasikan menjelang 31 Disember depan dan bertujuan mewujudkan sebuah pasaran tunggal dan sebagai pusat pengeluaran bagi mengukuhkan lagi kemajuan dan kemakmuran ASEAN.

"Saranan daripada sektor swasta dan kebimbangan berhubung persepsi wujudnya peningkatan halangan bukan tarif terhadap perdagangan di rantau ini akan menjadi satu daripada agenda utama perbincangan .

"​Menteri-menteri juga dijangka mempertimbang dan memberikan panduan berhubung kerja-kerja merangka Visi dan Pelan Ekonomi Pasca-2015 ASEAN.

"Semua pihak mempunyai harapan tinggi bahawa ASEAN akan menghasilkan satu pelan baharu dan berani pada penghujung tahun ini untuk menetapkan hala tuju bagi integrasi serantau untuk dekad akan datang," menurut kenyataan itu.

​Pemukiman adalah acara tahunan yang bertujuan membolehkan Menteri Ekonomi ASEAN menilai dan mengambil maklum tentang pencapaian keseluruhan proses integrasi serantau selain mempertimbang dan membincangkan inisiatif baharu.

Menurut kenyataan itu, pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN akan didahului oleh mesyuarat kelapan Kumpulan Kerja Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN berhubung Visi Ekonomi Pasca-2015 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi.

Sebagai pengerusi dan tuan rumah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, akan mengambil peluang untuk mendapatkan sokongan negara anggota ASEAN bagi beberapa acara sampingan yang bakal diadakan di Malaysia, termasuk Persidangan Pembaharuan Peraturan Asia Tenggara pada 9 hingga 12 Mac ini.

"Selain itu, Pameran dan Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN 2015 akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac, Persidangan Perniagaan dan Pelaburan ASEAN pada November dan beberapa sidang kemuncak berkaitan belia dan usahawan muda Asean," menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA | 18 Februari 2015

Rabu, 18 Februari 2015

Kafa jual tiket secara dalam talian

SELEPAS hampir setiap perlawanan dihantui dengan kehadiran ulat tiket, kini peminat The Red Warriors (TRW) tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket setiap perlawanan musim ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa melalui entri Facebooknya sebagai berkata, penyokong dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan bagi mengelak daripada gejala ulat tiket yang semakin berleluasa dalam setiap perlawanan.

“Tidak perlu membeli daripada ulat, tidak perlu beratur panjang, tidak perlu tunggu hari perlawanan, Kafa sudah pun melancarkan penjualan tiket secara online (dalam talian) bagi semua perlawanan liga musim ini,” katanya semalam.

Menurutnya, laman www.ticketnow.com.my akan membantu orang ramai membeli dengan mudah selain turut dimuatkan jadual perlawanan dan tarikh kutipan tiket dan sebagainya.

Annuar melalui entrinya sebelum ini turut berkongsi perlawanan Liga Super Kelantan menentang Lion XII kelmarin yang dicemari dengan insiden penjualan tiket melalui ulat ini.

“Ternyata tiket yang dijual adalah tiket asal, persoalannya dari mana (tiket)? Kawalan jumlah penyokong akan menjadi sukar jika berlaku ketirisan.

“Harap pihak pengurusan (Kafa) buat laporan kepada pihak Jawatankuasa Intergriti, Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat puncanya, kepada mereka yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pembelian tiket online akan ditutup dua hari sebelum perlawanan berlangsung, maka pembelian lebih awal disarankan bagi memastikan urusan bersama ulat tiket dapat dielakkan.
 
Sumber: Sinar Harian | Sukan | 18 Februari 2015

Selasa, 17 Februari 2015

Kereta sewa di Kelantan paling daif

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyifatkan kereta sewa di Kelantan antara paling daif.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, ia berlaku ekoran beberapa kekangan dihadapi pengusaha teksi dari segi pendapatan dan kebajikan.

Menurutnya, atas dasar itu SPAD tidak menetapkan jangka hayat atau had sesebuah kereta sewa kerana pihaknya sedia maklum masalah dihadapi.

“Kereta sewa di Kelantan antara paling teruk dan cukup daif, mahu tukar kepada yang baharu bukan murah, tambah pula dengan pengusahanya yang sudah berumur lebih 50 tahun.

“Bila dah berusia, kebanyakan pengusaha kereta sewa persendirian ini susah nak pinjam atau bayar balik pinjaman,” katanya kepada media ketika program misi bantuan banjir fasa 2 di Stesen Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa, kelmarin. Turut hadir, Presiden Persatuan Kereta Sewa Kelantan, Ramli Mat Yacob.

Beliau berkata, SPAD ambil langkah proaktif menyelami masalah dihadapi pengusaha kereta sewa dengan bertemu persatuan di setiap negeri.

“Penurunan harga minyak memang beri impak positif dan turut membantu pengusaha kereta sewa tapi tidak sepenuhnya. Kos tayar, insurans dan membaikinya amat mahal bagi kereta berusia lebih 20 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, pihak juga akan kemukakan setiap aduan daripada persatuan pemandu kereta sewa kepada pihak berkuasa, antaranya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan jika melakukan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Ditanya mengenai perkembangan pengangkutan awam, khususnya kereta api yang terjejas banjir, beliau berkata, pegawai SPAD telah meninjau dan membuat laporan berkaitan laluan kereta api yang rosak teruk di Gua Musang dan Kuala Krai.

“Laporan dah dapat daripada pihak SPAD yang selia bahagian landasan, kita akan tengok macam mana nanti untuk baiki bergantung keadaan kerosakannya, untuk pulih sepenuhnya mungkin ambil masa setahun,” katanya.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 16 Februari 2015

Ahad, 15 Februari 2015

Polis rampas dadah bernilai lebih RM50,000 di Kota Bharu

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa (dua kiri) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan air ketum dan pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam serbuan berasingan di sekitar Kota Baharu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini, hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000 dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah Khas di sekitar daerah Kota Baharu, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata tiga suspek berusia 25 hingga 52 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Baharu.

"Kami menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kampung Betong Seberang di sini dan menemui 10 botol plastik bertudung kuning dipercayai dadah, 230 pil kuda dan 0.3 gram ganja yang keseluruhannya bernilai RM51,600.

"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kami percaya dengan tertangkapnya suspek ini, kami berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Pasir Mas dan Kota Baharu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, Ahad.

Rohaimi berkata dua lagi suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Belukar Jenerih dan Kampung Wakaf Stan di sini.

"Kami merampas 600 pil kuda dan tiga botol cerah berisi serbuk putih dipercayai dadah yang jumlah keseluruhan bernilai RM7,350," katanya.

Rohaimi berkata kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada 11 Feb lalu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana menjual 32 bungkus air daun ketum di rumahnya di Kampung Bukit China di sini.

"Suspek ditahan pada 8 malam dan kami percaya suspek memperoleh bekalan air ketum dari Kemaman, Terengganu. Ia dijual kepada pelanggan tetap dengan setiap satu berharga RM20," katanya.

Sumber: BERNAMA | 15 Februari 2015

Pembinaan 24 rumah kekal untuk mangsa banjir di Tanah Merah dilancar

TANAH MERAH: Pengerusi Jawatankuasa Bersama Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Ahad melancarkan pembinaan rumah untuk mangsa banjir yang kehilangan tempat kediaman mereka baru-baru ini di Kampung Panjang, Gual Ipoh di sini.

Mustapa berkata pembinaan sebanyak 24 rumah bertiang setinggi lapan kaki itu dijangka siap dalam tempoh enam minggu dan diharap dapat didiami mereka terbabit sebelum Ramadan depan.

"Keutamaan kini adalah bagi mangsa banjir yang mempunyai hak milik ke atas tanah dan di Kelantan, sebanyak satu pertiga daripada kira-kira 2,600 mangsa yang kehilangan rumah mempunyai milikan tanah sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu.

Turut hadir anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pembinaan dua jenis model rumah - binaan bertiang dan binaan terletak (tidak bertiang).

Rumah berkenaan bernilai RM48,000 dan mempunyai tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, satu tandas dan satu bilik mandi.

Mengulas mengenai mangsa banjir yang tidak mempunyai milikan tanah sendiri, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa lokasi yang sesuai untuk penempatan mereka.

"Saya akan bermesyuarat dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) dalam masa terdekat ini untuk lihat tempat-tempat yang dikenal pasti dan kerajaan negeri telah bersetuju," katanya.

Sumber: BERNAMA | 15 Februari 2015

Pihak berkuasa diminta ambil tindakan ke atas bomoh khurafat

Ibrahim memulakan 'ritual membunuh hantu raya' di hadapan Penjara Sungai Buloh dengan mengangkat dua biji kelapa.
SHAH ALAM: Perbuatan 'Raja Bomoh Malaysia', Ibrahim Mat Zin menggunakan kayu golf kononnya untuk menghalau hantu raya yang dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurut Harussani, perbuatan Ibrahim itu sama sekali tiada kaitan dengan perubatan Islam. “Itu hanya perbuatan bomoh, perbuatan khurafat, tetapi dia (Ibrahim) gunakan ayat al-Quran untuk kelirukan orang ramai,” kata Harussani kepada Sinar Harian, semalam.

Harussani turut meminta Majlis Agama Negeri Selangor melihat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan terhadap perbuatan khurafat Ibrahim itu.

Ibrahim dalam satu video yang mula tersebar di internet kelmarin, dilihat kembali melakukan ritual luar biasanya, kali ini menggunakan kayu golf untuk menghalau hantu raya di Penjara Sungai Buloh.

Dia mendakwa menerima alamat terdapat empat hantu raya dihantar untuk membunuh Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di situ, namun tidak menyebut identiti pihak atau individu yang menghantar makhluk halus itu.

Dalam rakaman sepanjang 3 minit 27 saat itu, Ibrahim memulakan ritualnya dengan menggunakan dua teropong dipercayai diperbuat daripada buluh untuk melihat ke arah pintu masuk utama Penjara Sungai Buloh.

Dia kemudian mengangkat dua biji kelapa sebelum mula berdoa supaya perlindungan diberikan kepada Anwar bagi memastikan pemimpin pembangkang itu dapat menjalani hukuman dengan baik tanpa gangguan makhluk halus.

“Berikan perlindungan kepada Anwar, tegap dan tabahkan hati supaya dia senang buat amal ibadat dan jauhkan kejahatan orang yang hasad dengki daripada beliau,” doanya sambil membacakan beberapa potong ayat al-Quran.

Ibrahim kemudian dengan gaya seperti pemain golf menggunakan kayu golf sebenar bagi memukul empat biji limau yang diletakkan di atas jalan raya. “Okay, alhamdulillah,” katanya selepas itu.

Untuk rekod, Ibrahim pernah mencetuskan kontroversi sehingga menarik perhatian media antarabangsa apabila menggunakan bubu mata pancing dan teropong buluh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi ‘membantu’ mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian | Nasional | 15 Februari 2015

Pencuri sumbat lembu ke dalam kereta Proton Saga ditangkap

Suspek yang berjaya ditangkap penduduk sebelum diserahkan kepada pihak polis. Seekor lembu yang disumbat di tempat duduk belakang kereta Proton Saga.
BACHOK: Seorang lelaki berjaya ditangkap penduduk kampung ketika cuba melarikan lembu yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah kereta di Sungai Binjai, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, ketika kejadian penternak lembu mengesyaki sesuatu apabila dua buah kereta dilihat memasuki kawasan ternakan lembu pada jam 12 tengah malam semalam.

Beliau berkata, penduduk terpaksa mengejar dua buah kereta iaitu Proton Wira dan Saga itu sebelum menahannya namun semua suspek cuba melarikan diri.

“Terdapat dua lelaki dalam setiap kereta yang masing-masing membawa seekor lembu di tempat duduk belakang. Seorang suspek berjaya ditangkap penduduk dan tiga lagi berjaya melarikan diri.

“Suspek yang ditahan seorang lelaki Melayu berusia 22 tahun mengaku terlibat mencuri lembu di sekitar Kelantan untuk pasaran tempatan terutamanya Pasir Mas. 

Suspek mengaku ada ketua yang mendalangi kegiatan itu lebih setahun lalu. Kami masih memburu tiga lagi suspek,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Gunong semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

Beliau berkata, kes kecurian lembu ini disebabkan terdapat permintaan tinggi terhadap daging lembu tempatan terutamanya apabila menjelang musim perayaan.

Katanya, rekod tahun lalu menunjukkan terdapat 22 kes kecurian lembu di Bachok dan sehingga Februari ini pula sudah empat kes dilaporkan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 15 Februari 2015