PEMBAWA bendera Jalur Gemilang ke temasya Sukan Sea, Myanmar Sazali
Abdul Samad yakin keadaan keselamatan di negara tuan rumah tidak akan
menjejaskan tumpuan para atlet untuk mengumpul pingat.
Sazali berkata pihak Majlis Sukan Negara (MSN) telah membuat pemantauan terlebih dahulu mengenai keadaan keselamatan di Myanmar dan memberikan jaminan bahawa keadaan di sana adalah baik.
"Kita sudah dapat jaminan daripada MSN bahawa keadaan di sana baik sahaja jadi tidak menjadi alasan jika para atlet tidak boleh menumpukan perhatian dan buat yang terbaik untuk raih pingat," katanya ketika ditemui pemberita di Gimnasium PDRM (Polis Diraja Malaysia), di sini hari ini.
Sebelum ini, pihak MSN berjanji akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kedutaan Malaysia di Myanmar mengenai cubaan pengeboman ke atas sebuah masjid seperti yang dilaporkan sebuah agensi berita asing.
Agensi berita pada Khamis lepas melaporkan polis Myanmar berjaya menahan tiga lelaki dari wilayah Rakhine yang dipercayai merancang serangan bom ke atas sebuah masjid di Yangon, Myanmar.
Sazali yang turut meraih gelaran Mr Universe di Kejohanan Bina Badan Dunia di Budapest, Hungary buat kali kesembilan berharap dapat meraih pingat emas dalam kategori lightweight (70kg) pada temasya dwitahunan itu pada Disember ini.
Katanya beliau sangat menitikberatkan soal pemakanan bagi menjaga stamina dan badannya serta sedang menjalani latihan bagi persiapan ke temasya Sukan Sea.
"Sekarang cuma tinggal 12 hari sahaja lagi sebelum Sukan Sea berlangsung... Saya akan cuba buat yang terbaik. Pemakanan harus dijadikan keutamaan agar badan berada dalam keadaan baik," katanya.
Untuk rekod, Sazali meraih gelaran Mr Universe pada 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 manakala gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010 dan 2012.

Sumber: BERNAMA | 27 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan