KOTA BHARU: Suatu taklimat tentang cadangan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa III (LPT3) dari Kg. Gemuroh, Kuala Nerus, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan telah diadakan pada 23 Ogos 2017 yang lepas.
Taklimat tersebut telah diberikan UEM Group Berhad (UEM) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bertempat di Bilik Mesyuarat UPEN, Aras 1, Blok 6, Kompleks Kota Darul Naim, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.
Taklimat ini dipengerusikan YM Dato' Tengku Kaya Perkasa Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Kelantan.
Projek LPT3 ini dijangka dimulakan sebaik sahaja projek Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (LPPB/WCE) dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sepanjang 233 kilometer siap pada tahun 2019.
Sumber: Laman sesawang Kerajaan Negeri Kelantan dan Blog Gerbang Kota Bharu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan