KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan 38 premis makanan di
negeri ini ditutup setelah didapati mengabaikan kebersihan premis dan
pengendalian makanan.
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, tindakan itu diambil dalam 12 operasi yang dijalankan sejak Januari hingga Oktober lepas bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri ini.
"Pemilik premis terbabit diberi maksimum 15 hari untuk membersihkan premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dr Ahmad Razin berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mengawal keselamatan dan standard makanan.
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) pula mengawal tahap kebersihan premis pengeluaran makanan dan premis outlet makanan serta amalan pengendali makanan, katanya.
Beliau berkata, kegagalan mematuhi PPKM 2009 boleh dikenakan denda maksimum tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Sumber: BERNAMA | 21 Nov. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan