Nadzri Siron |
KOTA BHARU: Lebih 50 peratus iaitu 20 daripada 37 buah penjara di negara ini sesak dengan jumlah keseluruhan banduan setakat ini sebanyak 61,000 orang.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, sebahagian penjara mengalami lebihan kapasiti antara 40 sehingga 50 peratus manakala Penjara Pengkalan Chepa merupakan penjara paling sesak dengan banduan lebih 2,900 orang iaitu sekali ganda daripada jumlah sepatutnya.
“Sebahagian penjara moden seperti Penjara Sungai Buloh, Kajang dan Sungai Udang tiada kesesakan teruk kerana binaannya berkonsep sel dengan keselamatan lebih baik tetapi Penjara Pengkalan Chepa berkonsep terbuka seperti dormitori kerana ia bangunan lama yang wujud sejak 1950-an.
“Kita sedang mengusahakan untuk mendapat peruntukan khas membina bangunan tambahan bagi menambah baik keadaan, walaupun banduan melakukan kesalahan tetapi kasihanilah mereka kerana kita perlu jaga hak asasi sebagai manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur 2018 ‘Membendung Perlakuan dan Pengulangan Jenayah’ di Dewan Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini semalam.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar; Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan; Pengarah Penjara Kelantan, Hamzani Che Ibrahim; Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) negeri, Datuk Abd. Aziz Nawi dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Zaliman Sauli.
Sementara itu, Nadzri berkata, antara langkah diambil untuk mengurangkan masalah penjara sesak adalah menerusi Program Pemulihan Pemasyarakatan (CRP) iaitu inisiatif dengan Kementerian Pertahanan dengan banduan ditempatkan di enam kem tentera untuk melaksanakan kerja di luar penjara.
“Antara kem tentera terlibat adalah Kem Desa Pahlawan di sini dan juga di Gemas, Negeri Sembilan, banduan mengerjakan tanah milik tentera melalui aktiviti jana ekonomi seperti perikanan dan pertanian.
“Kita juga mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang sudi mengambil banduan sebagai pekerja mereka,” katanya.
Nadzri berkata, sebanyak 3,700 banduan di penjara pula adalah banduan muda berusia bawah 21 tahun dan kebanyakannya terbabit dengan dadah.
“Kerajaan sedang mengkaji undang-undang sedia ada supaya mereka yang terbabit dengan penagihan dadah tidak dimasukkan ke dalam penjara sebaliknya ke pusat pemulihan dadah,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | 19 September 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan