Sebahagian
anggota APM bergotong-royong membersihkan Taman Hidayah Harmoni, Tanah Merah,
Kelantan, semalam.
|
TANAH MERAH: Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dengan kerjasama pelbagai agensi sedang giat menjayakan program gotong-royong membersih beberapa lokasi bagi bagi merealisasi rancangan memastikan daerah ini sebagai kawasan bebas sampah dan terurus.
Setiausaha MDTM, Fiesal Abdullah berkata, usaha itu juga bertujuan menyahut seruan kerajaan negeri yang kini memulakan kempen ‘Kelantanku Bersih’.
Menurutnya, selain tugasan rutin petugas dan kakitangan MDTM mengurus kebersihan di pusat bandar, usaha yang sama turut digerakkan di lokasi taman perumahan menerusi kaedah bergotong-royong.
“Usaha yang dilaksanakan ini mendapat sokongan dan kerjasama padu penduduk setempat dengan memanfaatkan cuti hujung minggu sebagai ruang waktu yang paling sesuai untuk bersama-sama membersih kawasan sekitar.
“MDTM turut mendapat kerjasama kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), kariah Masjid Ismail Petra, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Fiesal berkata, dalam tempoh terdekat ini program gotong-royong telah diadakan di dua lokasi Taman Perumahan iaitu Taman Hidayah Harmoni dan Taman Sinar Jaya
Menurutnya, sepanjang gotong-royong dijalankan MDTM turut membuka kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan ditawarkan MDTM.
“Pada hari yang sama juga jualan tong sampah dan pembelian barangan kitar semula turut diadakan,” katanya.
Fiesal berkata, MDTM turut memberi fokus utama terhadap kebersihan premis perniagaan dan kualiti makanan dalam usaha mencapai tahap amalan kebersihan dalam skop yang lebih global.
Katanya, sepanjang Ogos lepas MDTM telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Lesen dan Pematuhan Syarat di Pasar Borong Manal.
“Menerusi operasi itu sebanyak 22 premis diperiksa dengan enam notis amaran dan tiga kompaun dikeluarkan.
" Saya nasihatkan pengguna untuk bijak memilih dengan mengutamakan kebersihan, elakkan memilih makanan segera yang terdedah sebelum membelinya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | 17 September 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan