Hasnah Jidin (dua dari kiri) menandatangani plak sambil disaksikan Fizo Omar (tengah) sempena pembukaan restoran FizoMawar Kitchen di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. |
KOTA BHARU: Pelakon terkenal, Fizo Omar membuka cawangan baharu restoran FizoMawar Kitchen (FMK) di Tambatan Diraja, Jalan Sultan di sini baru-baru ini.
Restoran berkonsepkan makanan ala Thai itu beroperasi bermula pada pukul 11 pagi hingga pukul 11 malam dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula 1 September lalu.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizul Wan Omar, 33, berkata, pemilihan lokasi kedua cawangannya itu kerana dia yakin sambutan luar biasa penduduk di negeri ini.
“Sebenarnya, saya banyak mendapat permintaan pihak lain untuk membuka cawangan kedua seperti di Langkawi dan Johor.
“Namun, saya memilih lokasi di negeri ini kerana yakin sambutan luar biasa penduduk selain faktor saya sendiri berasal dari Pasir Puteh.
“Di FMK, kita tawarkan hampir 100 jenis menu termasuk 30 jenis air minuman. Untuk tempoh permulaan ini, kita tawarkan menu dalam 20 peratus dahulu dan secara berperingkat sebab pengalaman saya semasa pembukaan cawangan pertama di Bangi dahulu, kita tidak menang tangan hendak menguruskan pelanggan terlalu ramai datang,” katanya.
Fizo berkata demikian ketika pembukaan rasmi cawangan kedua restoran FMK yang disempurnakan ibunya, Hasnah Jidin di sini.
Menurut Fizo yang merupakan usahawan terkenal, melalui pembukaan restorannya itu secara tidak langsung dapat mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.
Sumber: Utusan Malaysia | 5 September 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan