Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 13 September 2018

70 perpustakaan di Kelantan ditambah nilai mengikut peredaran zaman

PASIR PUTEH: Sebanyak 70 buah perpustakaan awam di Kelantan akan dipertingkatkan seiring perubahan zaman digital dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan kepada segenap lapisan masyarakat.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Ruslan Ludin berkata bagi tujuan itu pihaknya akan membekalkan kemudahan Internet secara berperingkat di setiap perpustakaan termasuk perpustakaan desa yang ada di negeri ini.

“Kemudahan itu bagi melengkapkan kemudahan yang sedia ada seperti buku dan mampu menarik minat masyarakat agar terus mengunjungi perpustakaan di kawasan masing-masing untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan pada zaman yang semakin mencabar sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Malaysiaku Gemilang di Perpustakaan Awam Pasir Puteh di sini, hari ini.

Katanya beliau turut mengarahkan pegawai-pegawainya untuk “turun padang” bagi menyebarkan maklumat tanpa menunggu kedatangan pengunjung ke perpustakaan semata-mata.

Sumber: Bernama | 12 September 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan