Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 6 September 2018

MAIK terima zakat perniagaan Bank Rakyat RM1.1 juta

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.1 juta daripada Bank Rakyat.

Penyerahan zakat itu dilakukan oleh Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Shukry Mohd Salleh kepada Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK Tengku Dr Muhammad Faiz Petra di Istana Kota Lama di sini.

Shukry berkata selain zakat perniagaan yang disumbangkan hari ini, Bank Rakyat telah menyumbangkan sebanyak RM1.2 juta kepada golongan asnaf di negeri ini.

“Sumbangan itu telah diagihkan oleh pihak Bank Rakyat sendiri kepada golongan asnaf antaranya dengan membina rumah untuk golongan miskin dan pemberian van jenazah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat itu. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MAIK Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. 

Shukry berkata pada tahun ini, Bank Rakyat di seluruh negara telah mengeluarkan zakat sebanyak RM40 juta iaitu zakat perniagaan berjumlah RM25 juta disalurkan kepada Majlis Agama Islam di setiap negeri dan RM15 juta disalurkan kepada golongan asnaf. 

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata setakat ini tabung zakat MAIK sudah mencecah RM122 juta dan pihaknya menyasarkan sebanyak RM185 juta dikutip menjelang akhir tahun ini.

“Kita sudah membelanjakan sebanyak RM105 juta di mana 52.70 peratus diagihkan kepada golongan asnaf fakir dan miskin manakala selebihnya kepada golongan asnaf lain yang layak,” katanya. 

Sumber: Bernama | 5 September 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan