Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 3 September 2018

UMK terima kemasukan 2,400 penuntut baharu

Sebahagian pelajar yang baru mendaftar di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini menerima 2,400 pelajar baharu bagi sesi akademik 2018/2019 hari ini.

Jumlah itu melibatkan pendaftaran pelajar di tiga kampus di negeri ini iaitu di kampus Kota, Jeli dan Bachok.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK, Profesor Dr. Zaliman Sauli berkata, jumlah tersebut merangkumi pelajar di 24 program ijazah sarjana muda yang ditawarkan menerusi lapan fakulti.

Beliau memberitahu, seramai 1,800 daripada jumlah keseluruhan pelajar baharu itu merupakan perempuan, manakala 600 lagi penuntut lelaki dan turut merangkumi pelajar antarabangsa dari Indonesia, Maldives dan Libya.

“Proses pendaftaran kali ini berlangsung dalam suasana yang teratur dan lancar dengan bantuan daripada pengurusan dan urus setia bagi memastikan sebarang keperluan atau informasi dapat disalurkan dengan tepat kepada ibu bapa dan pelajar mendaftar.

“Tahniah saya ucapkan kepada pelajar yang layak dan harap mereka dapat menempuh suasana di Universiti dengan baik dan cemerlang pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita dalam Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu di UMK Kota di sini hari ini.

Tambah Zaliman, syarat pemilihan pelajar kali ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar kecuali bidang Doktor Veterinar melalui sesi temu duga yang telah diadakan.

Sumber: Utusan Online | 2 September 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan