Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 1 September 2018

10 lelaki positif pil kuda ketika ambang merdeka

Beberapa lelaki ditahan di sekitar Kampung Gong Kua untuk ujian air kencing oleh anggota AADK di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.
PASIR PUTEH: Seramai 10 lelaki ditahan kerana positif dadah dipercayai pil kuda dalam Operasi Merdeka Dadah yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh di empat kampung di daerah ini semalam.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd. Zain berkata kampung terbabit ialah Kampung Sungai Gali, Kampung Sri Aman, Kampunh Gong Kua dan Kampung Bunut Rendang dan operasi bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

Menurutnya, Orang Kena Pengawasan (OKP) yang engkar perintah diberi fokus utama untuk dicekup dan dijalankan saringan ujian air kencing sebelum dihadapkan ke mahkamah.

“Seramai 10 lelaki yang berjaya dijalankan ujian air kencing di pelbagai lokasi, kesemuanya didapati positif dadah kesan penagihan pil kuda.

“ Mereka yang berumur 19 hingga 40 tahun itu dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut namun tiada sebarang penemuan dan rampasan dadah dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azlina berkata, sepatutnya OKP mengambil pengajaran terhadap hukuman penjara dan sebat yang dikenakan terhadap OKP yang engkar perintah mahkamah dan kembali menagih dadah.

“Operasi ini adalah operasi perdana AADK seperti yang telah dijadualkan bagi mengekang kes penagih tegar dan pertambahan penagih baharu di daerah ini” katanya.

Beliau berkata, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pemulihan dadah (APD) 1983, Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 6 (1) (a) APD (Rawatan dan Pemulihan) dan

Sekyen 6 (1) (b) APD (R&P) 1983.

Sumber: Utusan Online | 31 Ogos 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan