Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 13 September 2018

Rakyat Kelantan perlu kikis budaya buang sampah merata-rata

KOTA BHARU: Masyarakat di negeri ini perlu mengikis budaya suka membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan kebersihan alam sekitar, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Husaini berkata sesetengah anggota masyarakat tidak berasa malu untuk membuang sampah walaupun banyak tong sampah disediakan.

Beliau berucap merasmikan Program ‘Apa Kata Anak Malaysia’ Peringkat Negeri Kelantan di Taman Perumahan Tanjung Chat di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tanjung Chat yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Aiseri Alias dan pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (Japen) Kelantan Azhar Ismail. 

Pada majlis berkenaan, seramai 61 Mahasiswi UMK terlibat dalam aktiviti gotong-royong sebagai khidmat masyarakat dalam program yang dianjurkan Japen Kelantan dan KRT Taman Tanjung Chat.

Husaini berkata masyarakat sepatutnya berasa malu apabila ada penduduk dari negeri lain datang untuk membersihkan kawasan mereka dan seharusnya ia menjadi titik tolak kepada perubahan sikap mereka.

Sumber: Bernama | 12 September 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan