Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 6 September 2018

Kerajaan Kelantan sumbang RM50,000 kepada mangsa ribut di Terengganu

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyumbangkan RM50,000 kepada kerajaan Terengganu untuk diagihkan kepada mangsa ribut di negeri itu yang berlaku dua hari lepas.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sumbangan itu bertujuan mengurangkan beban mangsa tragedi berkenaan.

"Saya difahamkan lebih 1,800 buah rumah dan lebih 30 buah sekolah di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang yang terjejas akibat ribut berkenaan.

"Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Kelantan berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menampung sedikit sebanyak bebanan mangsa ribut berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada kerajaan Terengganu dan mangsa ribut terbabit.

"Sesungguhnya Allah mendatangkan ujian kepada kita supaya menjadi orang yang sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan. Apa yang kita miliki semuanya adalah anugerah dan pinjaman daripada Allah SWT," katanya.

Sumber: Bernama | 5 September 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan