TUMPAT, 19 Julai: Walaupun terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti teksi dan bas, masih ada segelintir penduduk Kampung Laut di sini menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Kelantan bagi berulang-alik ke bandar Kota Bharu.
Jarak antara Kampung Laut dengan bandar Kota Baharu hanyalah kira-kira 15 kilometer menggunakan jalan raya, tetapi pengguna lebih selesa menggunakan bot penambang kerana hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba di jeti Tambatan Diraja di Kota Bharu, berbanding menggunakan kenderaan yang mengambil masa lebih lama.
Dengan tambang hanya RM1 bagi satu perjalanan, penduduk boleh menggunakan perkhidmatan itu seawal 7 pagi hingga 11.45 malam setiap hari, dengan jadual masa perjalanan setiap satu jam sekali.
Walaupun ia bukan pilihan utama berbanding 40 tahun lepas, bot penambang masih digunakan oleh penduduk bagi mengelak kesesakan lalu lintas terutama di Jambatan Sultan Yahya Petra.
Pengemudi bot, Mohd Syukri Ismail, 38, yang berasal dari kampung itu berkata beliau menjalankan kerja itu sejak 20 tahun lepas selepas mewarisinya daripada ayahnya.
"Ramai yang menggunakan pengangkutan ini sekitar 1980-an hingga 1990-an kerana pada masa itu, kenderaan tidak banyak seperti sekarang, pengangkutan awam pun masih tidak digunakan dengan meluas.
"Sekarang ini, hanya ada tiga bot yang masih beroperasi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di jeti bot penambang tersebut di sini, hari ini.
Mohd Syukri berkata sebuah bot mampu memuatkan kira-kira 20 orang pada satu-satu masa dan beliau mempunyai lesen khas bagi mengendalikan pengangkutan air itu.
Sementara itu, Yusrin Safura Muhammad, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut di sini, berkata beliau sering menggunakan perkhidmatan itu untuk ke Kota Bharu kerana tambangnya murah.
"Perkhidmatan bas pun ada juga, tapi saya terpaksa berpanas selain tempoh menunggu yang lama sebelum bas sampai. Tapi kalau naik bot senang sebab kita dah tahu masa perjalanan bot penambang.
"Bot penambang ini juga beroperasi sehingga waktu malam dan sering jadi pilihan penduduk untuk ke bandar Kota Bharu pada waktu malam," katanya.
Rogayah Samad, 56, pula berkata beliau memilih menggunakan bot penambang kerana jeti berdekatan dengan rumahnya.
"Kalau nak naik teksi atau bas, saya kena minta tolong anak hantar ke jalan utama kerana kampung ini terletak agak jauh dari jalan utama.
"Sebab itu saya lebih suka guna bot penambang untuk ke bandar...tak perlu susahkan anak-anak, selain tambang yang murah dan jadual perjalanan yang tepat," katanya. - Bernama

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 19 Julai 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan