GEORGE TOWN, 25 Julai: Perkhidmatan bas Rapid akan diperluaskan ke
semua ibu negeri secara berperingkat-peringkat mulai tahun ini, seiring dengan
aspirasi Belanjawan 2013 untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang
berkualiti dan cekap untuk orang ramai.
"Pada 2013, kami merancang perkhidmatan bas Rapid di Kota
Bharu. Kami juga telah membuat persediaan untuk ini lebih awal lagi, tetapi
menangguhkan pelaksanaannya.
"Dengan lampu hijau diberikan kerajaan, ia seharusnya bermula
tahun ini," kata beliau kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa
dengan kakitangan RapidPenang semalam.
Ditanya sama ada bas-bas elektrik akan diperkenalkan di Pulau
Pinang, Zohari berkata tiada lagi perancangan ke arah itu, tetapi projek
perintis pertama, Bus Rapid Transit (BRT) Sunway Line, telah sedia sebagai
landas pelancaran. Projek itu dijangka beroperasi menjelang 2015.
"Kami merancang untuk mempunyai beberapa bas di bawah projek
perintis. Sama ada ia akan diperluaskan ke kawasan operasi lain, akan
diputuskan kemudian," kata Zohari, yang juga merupakan pengarah kumpulan
Prasarana untuk bahagian bas.
Dengan anggaran kos RM300 juta, projek itu akan dilaksanakan di
bawah kerjasama awam-swasta antara Prasarana dan Sunway Bhd. Cadangan laluan
BRT-Sunway akan menyediakan perkhidmatan bas yang mesra kepada para pengunjung
ke Sunway Resort City dan penduduk di Bandar Sunway dan Subang Jaya.
Mengulas mengenai operasi di Pulau Pinang, Zohari berkata
RapidPenang akan mempunyai sejumlah 400 bas menjelang akhir 2014 untuk
menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang cekap kepada warga Pulau Pinang.
Beliau berkata RapidPenang akan menambah 200 lagi bas buatan
Eropah baharu, dengan 80 unit pertama dijangka tiba sebelum akhir tahun
sementara yang selebihnya menjelang akhir tahun depan. Zohari berkata
daripada 120 bas itu, 40 unit ialah bas dua tingkat.
Sumber: BERNAMA | 25 Julai 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan