KOTA BHARU, 24 Julai: Pengendali pengangkutan awam bas ekspres 
Perdana, Tiara Pesona Sdn. Bhd. akan melabur sebanyak kira-kira RM7 juta
 bagi membeli lapan buah bas baharu dalam usaha memantapkan lagi operasi
 dan kedudukan syarikat tersebut.
Ketua Eksekutifnya, Laili Ismail berkata, pembelian bas tersebut akan dilakukan secara berperingkat sehingga awal tahun hadapan. "Insya-Allah jika pelan perancangan ini berjaya, beserta dengan 
adanya kemampuan, pada penghujung tahun ini kita akan keluarkan empat 
buah bas baharu dan selebihnya pula awal tahun hadapan. Semua itu sedang
 dalam proses.
"Kita juga bercadang untuk menggantikan beberapa buah bas setingkat 
yang ada itu kepada bas dua tingkat kerana ia dilihat lebih spesifik 
berikutan sambutan pengguna yang semakin meningkat berbanding sebelumnya
 terutama pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti 
persekolahan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Penyampaian 
Bonus Hari Raya kepada 126 kakitangan termasuk pegawai eksekutif ekspres
 Perdana melibatkan peruntukkan hampir RM130,000 di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia | Bisnes | 24 Julai 2013 | 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan