PASIR PUTEH, 31 Julai: Ikan bakar berempah yang dijual di Bazar Ramadan Pasir
Puteh mendapat sambutan memberangsangkan, kerana ia merupakan lauk
pembuka selera berbuka puasa.
Pengusaha, Riduan Mohd Nor, 25, berkata, ramuan rempah istimewa membangkitkan aroma dengan balutan daun pisang yang menjadikan ia menarik minat orang ramai.
Katanya, ikan keli dan ikan pari bakar merupakan dua jenis ikan yang paling digemari, bagaimanapun ikan jenis lain tetap disediakan sebagai pilihan.
“Kalau kita lihat, di mana-mana bazar Ramadan pun, ada orang menjual ikan bakar berempah, ini bukti jelas lauk ini mendapat sambutan.
“Saya memilih untuk mengusahakan ikan bakar selepas mendapat ramuan istimewa yang membolehkan saya dapat bersaing dengan pengusaha lain,” katanya.
Sehingga sekarang katanya, dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan ada yang membuat tempahan awal dengan menentukan jenis ikan yang diperlukan.
“Saya akan berusaha mendapatkan jenis ikan yang diminta, walaupun ada ketikanya harga bahan mentah itu terlalu tinggi kerana apa yang penting, permintaan pelanggan dapat dipenuhi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 31 Julai 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan