Oleh SITI FATIHAH AWANG
30 Julai 2013
TIADA siapa menyedari di sebalik keenakan air tuak atau nira kelapa yang
menjadi kegemaran ramai pada bulan puasa mempunyai pantang larang
tersendiri dalam penghasilannya.
Air tuak yang boleh diperoleh melalui mayang kelapa yang dicantas
hujungnya itu merupakan salah satu minuman yang mendapat permintaan
tinggi walaupun harganya sedikit mahal.
Bekas untuk mengisi tuak pada mayang kelapa atau dipanggil tukir tidak boleh disangkut sewenang-wenangnya, ada petua yang perlu diamalkan dalam mengikatnya pada mayang. Itulah yang dipraktikkan Pengusaha Tuak di Padang Pak Omar, Selising, Mohd Sahir Mohamed, 38, yang mewarisi pekerjaan itu daripada bapanya.
Beliau mengakui, petua itu tidak boleh ditinggalkan walaupun kadangkala agak susah untuk mengikat dengan cara tersebut. “Bila kita ikat tukir yang hendak digantung pada mayang pokok itu, kita kena ikat sehingga habis pusingan demi pusingan, jangan selit di mana-mana bahagian semata-mata untuk mempercepatkan proses ikatan, itu satu pantang larang, harus diikuti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sahir yang telah menceburi bidang tersebut sejak 20 tahun lalu bersyukur kerana ia membantu menjana pendapatan keluarga. Beliau yang mempunyai lebih 60 pokok kelapa di sekitar rumahnya dari jenis gading dan mawar atau lebih dikenali sebagai ‘nyior ringan’ itu menguruskan perniagaan tersebut dengan dibantu isterinya, Maswani Abdullah, 25.
Dengan rutin cantasan dua kali sehari iaitu jam 7 pagi dan 5 petang, Sahir boleh menghasilkan lebih 40 bungkus atau bersamaan dengan lebih 20 liter setiap hari. Tuak yang diperoleh daripada mayang itu mempunyai kemanisan semula jadi tanpa perlu menambah bahan pemanis.
“Apa yang penting, dalam setiap tukir yang kita gunakan itu mesti dimasukkan ‘laghu’ iaitu cebisan kayu pokok cengal yang mempunyai bahan awet semula jadi yang melindungi terasnya untuk membantu air tuak lebih tahan lama.
“Jika kita masukkan ‘laghu’, tuak boleh bertahan sehingga lebih 13 jam, bagaimanapun selepas ditapis, tuak mesti disimpan di dalam peti sejuk kerana ketika itu ‘laghu’ sudah diasingkan. Katanya, stok kayu cengal perlu sentiasa mencukupi kerana ia merupakan bahan penting dan bagi Sahir, itu bukan satu masalah besar kerana beliau telah lama berurusan dengan penjual bahan tersebut.
Ketika ditanya mengenai proses mendapatkan air tuak itu, Sahir berkata, ianya hanya memerlukan tiga langkah sahaja serta tidak memerlukan kepakaran yang tinggi.
“Langkah pertama kita kena pastikan mayang mana yang sesuai untuk ditoreh dan panjat pokok kelapa tersebut manakala langkah kedua, ikat tukir yang hendak diisi air tuak nanti berserta ‘laghu’ dan yang ketiga cantas atau toreh hujung mayang tersebut, itu sahaja, kemudian tunggu hasilnya,” katanya.
Walaupun proses tersebut kelihatan mudah namun ia memerlukan stamina yang tinggi terutamanya untuk memanjat pokok demi pokok. “Nampak mudah, tetapi jika cuai atau tidak kena caranya, kemungkinan besar air tuak yang memenuhi tukir itu boleh tertumpah dan kita tidak dapat hasilnya, tambahan pula kalau terpaksa memanjat pokok kelapa yang tinggi,” katanya.
Tuak akan dibeli terus sebagai minuman sepanjang bulan Ramadhan namun dan mendapat permintaan pada bulan biasa kerana air itu dijadikan bahan utama untuk menghasilkan manisan. Rumah Sahir bukan sahaja menjadi tumpuan pembeli setempat malah turut dikunjungi penjual tuak yang tidak mahu menghampakan pelanggan masing-masing.
Mohd Faizul Yaacob, peniaga pasar harian di Melor mengakui, dia sanggup masuk ke kawasan pedalaman untuk mendapatkan minuman tersebut terus dari pengusaha. “Saya dah dua tahun berniaga di Pasar Melor, saya sanggup masuk ke kampung ini untuk dapatkan air tuak Sahir kerana permintaan yang tinggi di pasaran terutamanya di bulan puasa.
“Kemanisan yang semula jadi pada air tuak itu membuatkan ramai pembeli tidak berganjak untuk mendapatkannya dengan harga yang tinggi iaitu sekitar RM3 hingga RM4 sebungkus,” katanya. Daripada pemerhatiannya, tuak yang dijualnya bukan sahaja digemari warga Melor malah turut menarik perhatian penggemar dari kawasan lain seperti Ketereh, Kok Lanas, Peringat dan Gunong.

Maswan (kiri)i turut membantu menguruskan jualan tuak milik suaminya yang setiap hari dipasarkan Faizul (kanan) dan penduduk setempat di kawasan tersebut |
“Kemanisan yang semula jadi pada air tuak itu membuatkan ramai pembeli tidak berganjak untuk mendapatkannya dengan harga yang tinggi iaitu sekitar RM3 hingga RM4 sebungkus,” katanya. Daripada pemerhatiannya, tuak yang dijualnya bukan sahaja digemari warga Melor malah turut menarik perhatian penggemar dari kawasan lain seperti Ketereh, Kok Lanas, Peringat dan Gunong.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 30 Julai 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan