Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 20 Julai 2013

Pakej Ramadhan di Kelantan bersama Firefly

Kuala Lumpur, 20 Julai 2013: Buat julung-julung kalinya syarikat penerbangan Firefly dengan kerjasama Hotel Grand Riverview, Kota Bharu menawarkan Pakej Iftar sambil bercuti di Kota Bharu, Kelantan sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Penawaran pakej ini merupakan satu usaha mempromosikan Kelantan terutamanya Kota bharu sebagai destinasi pelancongan ibadat sekali gus mengangkat nama negeri Serambi Mekah ini. Pakej ini boleh ditempah melalui laman sesawang Firefly Holiday: www.fireflyholiday.com. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang ini: http://www.fireflyholiday.com/promotions/kota-bharu-grv-package.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan