Jean Gabriel (kiri) bersama Tengku Fatihah (kanan) dan Masila melihat replika Hotel Movenpick Kota Bharu pada majlis menandatangani perjanjian. |
KUALA LUMPUR: Usahasama Seri Cemerlang Sdn Bhd (USCSB) memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM350 juta bagi membangunkan hotel bertaraf lima bintang Hotel Movenpick Kota Bharu yang berkonsepkan Islam dan mesra alam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Masila M Ariff berkata, pembinaan Hotel Movenpick itu bermula pada separuh pertama 2016 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018.
Beliau berkata, hotel itu direka dengan mengambilkira prinsip seni bina Islam dan bakal menjadi mercu tanda di Pantai Timur serta dijangka menjadi tumpuan sebagai lokasi acara bertaraf dunia.
“Pelan pembangunan hotel ini mengambil masa enam bulan dan kami cuba mempercepatkan proses pembinaan bagi menyiapkan keseluruhan 30 tingkat seperti dirancang.
“Syarikat memberi tumpuan terhadap projek ini dan pada masa sama mengintai peluang meneroka tanah berpotensi dibangunkan,” katanya pada sidang media di majlis menandatangani perjanjian antara USCSB dan Movenpick Hotels & Resorts di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Movenpick Hotels & Resorts, Jean Gabriel Peres dan Pengerusi USCSB, Tengku Datin Fatihah Sultan Ibrahim. Perjanjian itu bagi melantik Movenpick Hotels & Resorts yang berpangkalan di Switzerland sebagai operator dan pengurus Movenpick Hotel Kota Bharu.
Masila berkata, hotel dibina di atas tanah berkeluasan 0.71 hektar di Jalan Telipot, Bandar Kota Bharu itu dianggap lokasi sangat strategik dan berprestij lebih-lebih lagi kedudukannya berhadapan tempat kediaman serta istana Sultan Kelantan.
Menurutnya, hotel itu dibina dengan 452 bilik terdiri daripada 114 bilik Deluxe, 139 Junior Suites, tiga Empress Suites dan satu Emperor Suite bersaiz 815 meter persegi yang dibina di tiga tingkat teratas hotel berkenaan.
Antara kemudahan lain ditawarkan ialah ‘helipad’ di atas bumbung hotel, dewan bankuet yang boleh mengisi sehingga 1,000 tetamu, restoran, kafeteria, butik, outlet beli-belah, kolam renang, gimnasium dan spa berasingan bagi tetamu lelaki dan wanita.

Sumber: Harian Metro | 10 Dis. 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan