Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 20 Disember 2015

Rokok elektronik: Kerajaan negeri ambil keputusan tepat

KOTA BHARU: Keputusan kerajaan negeri mengekalkan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik adalah tindakan yang betul, bijak dan tepat.

Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok), Mohd Syamsul Mohd Yusoff (gambar) berkata, keputusan itu sepatutnya telah lama dibuat bagi memastikan rakyat tidak terjebak dengan budaya songsang.

“Penggunaan vape ini perlu dicegah kerana bukan sahaja golongan perokok tegar beralih kepada rokok elektronik, malah golongan wanita termasuk yang bertudung juga terjebak.

“Dari sudut kesihatan pula, tindakan ini boleh mengelakkan daripada tersebarnya dadah berbentuk cecair yang boleh memudaratkan tahap kesihatan kita.

“Saya amat mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri dan berharap agar negeri lain turut mengambil langkah sama untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Mohd Syamsul berkata, bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih sihat, apa sahaja gejala boleh membawa kepada kemudaratan harus diambil langkah sewajarnya.

“Sekiranya sesuatu perubahan itu ke arah yang lebih memudaratkan, ia bukanlah alternatif yang terbaik. Kerajaan perlu mengambil langkah wajar yang menepati hukum syarak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 20 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan