Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 16 Disember 2015

Jabatan Kesihatan Kelantan tingkat penguatkuasaan terhadap penjualan perisa vape

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap penjualan cecair perisa vape atau rokok elektronik yang mengandungi nikotin kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Racun 1952.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata cecair perisa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Oleh itu, kita akan teruskan penguatkuasaan terhadap penjualan produk mengandungi nikotin oleh pihak yang tidak berautoriti di negeri ini,"katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk mengharamkan penjualan peranti dan cecair vape mulai 1 Jan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan Kelantan akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape untuk mengosongkan premis mereka bermula serta merta.

Beliau berkata kerajaan negeri mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan vape di negeri itu.

Sumber: Bernama | 16 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan