Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 11 Disember 2015

Polis Kelantan sediakan stor bekalan makanan untuk mangsa banjir

KOTA BHARU: Polis Kelantan mewujudkan sebuah stor untuk menyimpan bekalan makanan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama sebuah syarikat yang membenarkan gudangnya di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini digunakan sebagai stor itu.

"Syarikat tersebut membenarkan pihak kita menggunakan gudang itu selama dua bulan untuk menyimpan bekalan makanan yang disumbangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata pihaknya menyediakan tempat pendaratan helikopter berhampiran gudang itu bagi memudahkan kerja mengangkut bekalan makanan ke kawasan yang dilanda banjir dan tidak boleh dimasuki menggunakan kenderaan darat.

"Pihak NGO sudah memberikan tanggungjawab kepada kita (polis) untuk mengagihkan bekalan makanan kepada mangsa banjir," katanya.

Sumber: Bernama | 10 Dis. 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan